Perkahwinan antara Permintaan Emak & Ayah atau Permintaan ALLAH SWT


 

Alhamdulillah selamat sampai di semenanjung, setelah selesai berkursus. Ana berhasrat untuk ke KT(Kuala Terengganu). Ada 2 orang sahabat yang ingin pulang ke KT dan dalam masa yang sama ada juga sahabat yang sanggup menerima ana di rumahnya.

gambar di KG sahabat KT

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

 

 

 

 

Niat aku satu sahaja, untuk pergi kenduri sahabat, tapi ada 2 orang sahabat yang kenduri pada tarikh yang sama di KT. Memandang sahabat yang ana menumpang rumah adalah di KT jadi ana hanya dapat pergi kenduri  sahabat KT sahaja. Maaf sahabat seorang lagi, ana tidak dapat hadir, semoga di permudahkan segala urusan anta.

gambar hiasan

gambar hiasan

 

 

 

 

Bila sebut bab kenduri yang bermain di fikiran kita adalah soal duit, majlis dan lain-lain lagi…tetapi apa kita perlu fikir juga bagaimana kita hendak menguruskan perkahwinan kita supaya ia mengikut cara yang ALLAH hendak dan bukan cara adat atau cara keluaraga yang mana selalunya akan membawa kearah melanggar peraturan ALLAH swt.

Bersanding yang pertama, yang selalui diperbincangan hangat, dimana yang tidak betul di mana yang di bolehkan semua kena belajar bukan main ikut permintaan keluarga sahaja.Sekirannya bersanding untuk keluarga sahaja dibenarkan tetapi bila dah main renjis-renjis lepas tu lempar beras itu dan jadi tidak betul, ikut adat hindu menyababkan kita mendapat dosa..dan pening-pening tu baik tak yah buat bersanding.

susah juga bila panggil org besar nie2

susah juga bila panggil org besar nie2

 

 

 

 

Pakaiyan penggantin yang berlebih-lebihan menarik perhatian orang. Baju pengantin yang terlalul jarang, sampai anak tudung pun Nampak, lengan sehingga nampak warna kulit. Selalunya sebelah perempuan/wanita, ini yang biasa memakai tudung yang labuh…bila majlis perkahwinan tudung menjadi singkat, Kenapa? Adakah aurat kita berbeza-beza bila ada majlis atau kita terpaksa ikut emak dan ayah dari ikut ALLAH SWT…

 Mekap atau Tabaruj yang berlebih-lebihan, mekap berlebih-lebihan adalah haram. Disebabkan permintaan keluarga kadang-kadang muslimat ini membiarkan mekap dia tetapi kerana Iman di hati kadang-kadang muslimat ini terpaksa membuang sendiri mekapnya atau menipiskan supaya dirinya tidak terjebak dengan dosa-dosa.

gambar hiasan2

gambar hiasan2

 

 

 

Bila dah mekap satu hal, bila nak solat satu hal. Di sebabkan mekap kita tidak dapat solat dan melewatkan solat. Kalau solat nanti habis ler mekap bila kita ambil air sebahyang/wuduq. Jadi bagaimana kita nak solat, Jamaq atau solat hormati waktu. Berbagai-bagai persoalan akan keluar, nak jamaq tak boleh daruratkah kita sekarang nie? kita kena bijak membuat keputusan, memang senang kita bercakap bila kita tidak kena situasi begitu. Sekurang-kurangnya kita member nasihat agar di permudahkan penggantin tersebut dapat membuat keputusan yang terbaik. Solat lewat disebabkan sebab-sebab tertentu(tertidur,gila, belajar, dsb) memang dibenarkan tetapi sekiranya segaja…lu fikir ler sendiri( bak kata NABIL-raja lawak)

gambar hiasan 3

gambar hiasan 3

 

 

 

Inilah beberapa persoalan yang kita kena bincang dengan keluarga kita supaya ia tidak menjadi permasalahan pada hari raja sehari. Benda-benda ini kita kena bincang awal bersama pasangan kita dan juga bersama ayah dan bonda atau ayah dan emak mertua supaya kes-kes umpama di atas tidak menjadi kebingugan kepada kita. Ia adalah majlis kita tetapi kenapa menjadi seumpama itu. Kadang bila dah jadi macam itu, kita nak jumpa sahabat pun malu bila pada tarikh keramat tersebut. Semoga bila ALLAH tanya kita, kita sudah ada usaha kearah tersebut walaupun tidak Berjaya. Semoga dipermudakan untuk lebih baik…w;alam

About these ads

7 Responses

  1. Salam, manarik topik ni cz ia terkena kat btg hidung sendiri. Kdg2 kita tersepit antara tuntutan k’ga dan agama. Bg yg kuat iman pasti mengenetepikan perasaan k’ga, tuntutan agama yg di utamakan. Mcm ana dahulu, sampai bermasam muka n bergaduh dengan ahli k’ga pasal ni. Tapi nk memahamkan family tentang adat perkahwinan mengikut Islam, mmg agak sukar tambahan pulak dengan masa yg terhad. Akhir sekali ana terpaksa beralah dan minta bersanding untuk family saje, tapi lain jadinya…jadi tuntunan umum cz buat depan2 hall, terus nampak keluar. waktu make up pun sama, sampai mak andam pesan suruh senyum tapi awal2 lg bgtau tak mau cukur kening, alhamduliillah yg tu berjaya, yang lain..Semoga Allah mengampunkan dosa kami. Yg bertambah kronik family ana memeng aktivis UMNO, kira musim PR, rumah akan jd bilik gerakan..susah benar, tapi ana selalu doakn semoga Allah beri petunjuk kepada kedua ibubapa, semoga Allah lorongkan mereka ke jalan perjuangan yang telah di rintis oleh Nabi Muhammad dan Nabi2 terdahulu. Amin. Kepada sahabat yang lain, seboleh mungkin dan dengan cara berhemah bincanglah dengan keluarga, semoga permulaan rumahtangga kita di mulai dengan kebaikkan. Jangan ulang kesilapan yang ana lakukan.

  2. assalamua’laikum
    hahaha..aku baru ja baca.. perkahwinan permintaan parents vs mengikut islam..
    hmm.. mostly.. mmg pengantin perempuan.. punya baju quite jarang..
    but mind diorang pikir, once for the rest of time..
    ok..kot.

    but not to blame the family, biasanay butik pengantin.. baju yg ada mostly for free hair..
    so. kena cari yg bersesuaian..

    mekap???
    hehehehe,once a while…
    hmmm….mostly mak andam yg mekapkan..’
    so.. kena habak kat dia.. mekap biasa2..
    n penting ‘jgn nipiskan kening saya..’
    but.. semua pikir.. seumur hidup sekali ja..

    pasal soalt.. hmm.. wat kenduri malam..
    hehehehe..

    bersanding..??
    senang cakap ikut pengantin la..
    hahaha…

    nak c hg marry mcm mn…??
    really wanted to be there…
    so, invite me to ur wedding..ya

    bye,wslm

    Ini dpt respond dari YM,dari seorang muslimat ler…

  3. respond dari saya:

    solat….oh…bagus juga buat kenduri malam////good solution

    bersanding ikut pengantin…ini tak setuju….Ikut Agama ler…ikut pengantin buat aper….

    tentang once in life time….tu…fikir baik2 ler…adai ku tahu.,..bila kan ku pergi….selama-lamanya…tak apa ler…masalahnya,..kita tak tahu,,,bila kita akan pergi…samaada hari ini esok atau hari perkahwinan kita….jadi fikir2kan…..

    my weeding InsyaALLAh ana akan jemput semua…Doa2kan semuanya baik…

    thanks to kak shima for the first comment on this artikel….

    w’alam

  4. assalamualaikum sahabat,

    den tengok hang punya posting on perkahwinan and cinta… oi hang dah kawen ko belum?

    hahahahaha

  5. wslm…soalan tu susah nak jawab….sapa geranan nya tu…org pahang yer…

  6. asmkm…
    menarik topik ni..sblm ni ana biasa ziarah n baca je blog shbt2 tp kali ni tertarik nk menyampuk.. :-)
    kebiasaannya pasangan pengantin faham apa y Islam gariskan tapi xsama dengan kehendak keluarga.. terutamanya keluarga yang mempunyai adat yang tertentu contohnya Bugis, jawa dll..pastu permintaan keluarga y macam2 diluar kehendak pengantin cthnya dari segi pakaian, mekap, susunatur majlis(cthnya bersanding) dll dengan alasan “ni je masanya nk dengar cakap mak, lepas ni kena dengar cakap suami”…
    pada ana yang mampu kt buat hanyalah berdoa agar kenduri yang berlangsung seperti yang kita inginkan sebab perkara2 ni mmg diluar kemampuan kita..
    mungkin pengantin perempuan xnak tabarruj tp tidak ada kemampuan melawan kehendak n permintaan keluarga n hanya mmpu berdoa agr ALLAH permudahkan ursn n dengan kehendakN pada hari kenduri ttiba mak andam sakit n pengantin xdapat nk mekap lbh2@xmekap langsung jd keadaan ni berlaku seperti y pengantin harapkan.. mmg 2 diluar jangkaan kita..kesimpulannya berdoa n mengadu je pd ALLAH n ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik utk kt.. wallahua’lam

  7. syukran kak umi…itulah yg terbaik rasanya tp kadang2 susah juga nak kawal hati dan perasaan nie lah…mudah2an dipermudahkan amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: