Perjalanan yang mungkin FUTUR atau terhenti – kisah benar sekadar perkongsian


S

etelah disahkan aku tamat pengajian ku di University, terasa bersyukur sungguh kerana aku tahu ini memang ‘nasrulallah’ pertolongan dari ALLAH. Ini kerana memang satu paper final exam aku tidak dapat jawab dengan baik, Alhamdulillah telah gred juga ku…Sewaktu aku sudah habis final exam aku mendapat panggilan dari Kedah untuk pulang, memang ku sudah jangkakan panggilan ini. Aku telah memberitahu sahabat ku untuk tamrin kali ini memang aku tidak dapat membantu, mereka memang sudah memahami ku. Bila ada sahabat bertanya kan kepada ku akan ku jawab, “aku dpt panggilan dari Kedah”, mereka seperti ingatkan aku mendapat panggilan dari Us Azizan pesuruhjaya negeri kedah. Tekaan mereka tidak tepat sebaliknya aku mendapat panggilan dari keluarga ku terutama bonda dan ayahda yang tersayang. Mereka seperti tahu kegiatan aku di kampus dan tidak mahu aku meneruskan usaha-usaha tersebut. Pada awalnya beribu alasan ku berikan untuk aku tidak pulang ke kedah namun tidak berjaya, sehingga aku dapat tawaran dari pemuda untuk menjadi S.U.K(setiausaha usaha kerja) tetapi seperti biasa ayah ku suruh ku pulang dan bincang di Kedah.

Hari itu tiba, ayahku datang dengan kenderaan dan mengambil sebahagian pakaiyan ku dan aku terpaksa balik pada hari itu juga. Aku pulang dengan hati tidak tenang namun aku terfikir apa yang akan ku lakukan di rumah untuk bantu ISLAM. Setelah seminggu aku di rumah, nak keluar tu banyak persoalannya. Aku berjaya hadiri perjumpaan alumni UiTM kedah, di sana ada sedikit tazkirah sebelum liqok tersebut bermula. Dari tazkirah itu tersentakler aku dengan kata-kata dari ustaz tersebut tentang ISTIQOMAH dan bermacam-macam lagi. Aku sedar diri ini tidak boleh terlalai dengan tidak terlibat dengan Jemaah kawasan ku. Teringat tentang maklumat S.U.K pemuda negeri kedah yang diberikan oleh sahabatku. Aku bersms dan meminta agar diri ini dimasukkan ke usrah kawasan. Dia memberi aku no S.U(setiausaha) kawasan kubang pasu. Beberapa kali aku bermsg untuk nak dptkan maklumat tentang pemuda kawasan kubang pasu, aku juga ditanya beberapa maklumat kerana mungkin dia risaukan aku ni S.B ker. Jadi aku memberi nama dan tempat tinggalku. Selang beberapa hari, aku dapat msg untuk turun ke markas ada perjumpaan pemuda dan unit amal. Aku agak termalu tetapi, aku memberitahu bahawa aku masih baru dan tidak tahu di mana tempat tersebut. Lalu abg nie menghantar sms kepadaku

“Dari tmn kamu…terus ke Jitra,,jumpa shell….masuk kiri dan terus…nak tahu markas tu, kamu tengok ada logo besar bulan”sebahagian dari SMS tersebut.

Bila aku baca sms tersebut, aku seperti di permainkan dan dia ingat aku tidak tahu logo parti walau bagaimanapun aku tidak tahu apa maksud sebenarnya abg tersebut buat begitu. Namun aku cekalkan hati kerana kita nak terlibat bukan kerana orang tetapi kerana ALLAH SWT, baru aku faham kenapa ramai yang tidak dapat beristiqomah selepas zaman kampus. Ini kerana dugaan yang kita akan terima, memang mencabar dari sebelum ini, lalu aku tiba disitu seperti biasa memberi salam dan duduk di dalam liqok. Aku ditanya adik dari cawangan maner? Saya tak ada cawangan lagi, abg S.U yang inform saya tentang perjumpaan ini. Itulah titik permulaan aku terlibat dengan kawasan ku.. Alhamdulillah aku bersyukur sekali lagi dengan segalanya di permudahkan oleh ALLAH SWT untuk sambung perjuanganku, dari tidak kenal aku sudah pun kenal dengan mereka dan beberapa kali aku sudah mengikuti mereka untuk berprogram. Pengalaman di kampus memang tidak dapat di lupakan namun aku harap pengalaman yang aku dapat membantu kawasan ku dan ISLAM. Marilah kita berdoa semoga kita semua terus Istoqomah dalam perjuangan yang suci ini…AMIN…

Teruskan perjuangan mengikut kemampuan kita,

Sekiranya tidak boleh banyak,

Sikit pun tidak apa,

Janji kerja Islam tu berjalan.

Kita perlu ada benteng untuk kuatkan kita

Amalan-amalan di kampus jangan di tinggal

Ma’surat, bacaan Al-Quran, solat dhua, solat di awal waktu, Qiyam

Ini semua adalah pelindung kita, nakib ana dia seorang ust suatu hari dia terkena buatan orang so teruk juga dia sakit, dia balik kampung di terangganu dan sempat berjumpa dengan Tok Guru Hj Hadi Awang, Tok guru hanya memesan,:amalkan ma’surat kamu”

Jadi sahabat2 usah cari alasan, if tak hafal baca yang kita hafal if tak sempat nak rujuk buku ma’surat..

Jgn kecilkan skop kerja ISLAM @ dakwah ISLAM…di mana bumi di pijak di situ aku akan teruskan perjuangan yang belum selesai…AMIN

Sekadar berkongsi pengalaman semoga kita dapat bersedia kelak, W ;alam

Muazzam Mohd

University Islam Technology MARA, Malaysia (UITM)

One Response

  1. Tahniah, satu perjalanan yang menarik…
    Allah sentiasa membantu orang2 yg menghampirinya…
    Semoga terus istiqamah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: