Trajedi Kampung Berembang (30/11/06)


S
edang aku berehat, terdengar bunyi dari telefon bimbitku menunjukkan aku menerima sms, seperti biasa ku biarkan sms itu seketika kerana penat dan sdg berehat. Hati berasa tidak tenteram dan membuat aku untuk membaca sms tersebut.

sms itu bertulis lebih kurang begini “panggilan untuk turun dan selamatkan rumah ALLAH di Kg Berembang-su GAMIS(Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia)” Jadi aku bertanyakan pd seorang sahabatku, kat mana secara tepat tempat tu…dia kata kat K.L.C.C. Aku seperti tidak yakin lalu dia menyuruh aku menalefon presiden GAMIS, setelah mendapat gambaran tempat tersebut. Aku mencari beberapa teman yang berminat untuk bersama-sama berjuang selamatkan RUMAH ALLAH..Pelbagai alasan yang aku dengari tetapi aku tidak salahkan mereka mungkin mereka ada keunzuran kerana sewaktu itu merupakan minggu peperiksaan dan aku sudah selesai dengan perkara tersebut. Ini mungkin dikatakan tapisan ALLAH SWT, kita merancang tp ALLAH menentukan segalanya..

Kami bergerak menuju ke KLCC, Alhamdulillah kami pergi bertiga ke tempat yang hendak di tuju. Hati ini berasa bermacam-macam, susah hendak di gamabarkan..hampir sampai di tempat kejadian itu…kami isi minyak di sebuah stesyen minyak di kawasan tersebut, sempat lagi kami buat lawak bila ternampak seorang pegawai MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) di atas motornyer, seorang sahabatku berkata “mungkin kita leh tanya kat dia kot, maner kg berembang”, kami semua tersenyum sinis ke pegawai tersebut. Aku menalefon sahabatku beberapa kali untuk mendapat panduan perjalanan untuk ke kg berembang. Sambil mencari jalan kami terjumpa dengan sebuah tauke sedang berada di atas traktor(pekho), kamipun bertanya kepada dia, “Bos mana tu kg berembang” dijawab, “itu dlm sikit lagi”. Tauke tersebut menunjuk ke arah sebuah jalan kampung.

Bila tiba di situ, memang sah ini kg yang kita cari. Terdapat papan tanda tertulis, Pegawai MPAJ adalah dilarang untuk masuk. Kami masuk bersama motor kami…terlihat seperti pdg jarak pdg terkukur..kesian melihat rumah-rumah dibina semula dengan kanverse-kanverse. Kami tiba di tempat yang ditujui, iaitu surau kg. Berembang di situ ku jumpa sahabat-sahabat seperjuangan..Penduduk kampung yang berada di situ juga cuba menyelamatkan surau mereka dengan meletak kereta-kereta mereka sebagai benteng atau perisai supaya traktor tidak dapat merobohkan surau tersebut. Sewaktu itu ku sudah lihat pegawai MPAJ sudah berada di situ dan pihak polis dan fru sudah berjalan perlahan-lahan masuk ke kawasan kg tersebut.

Terasa sedikit gerun tetapi kami tidak endah, walaupun kami mahasiswa dan penduduk kg tidak ramai, ketidak ramaiyan kami mungkin kerana sudah beberapa kali mereka turun untuk selamatkan kg tersebut dan pada hari sebelum ini pihak MPAJ datang dan tidak berjaya meroboh surau tersebut. Pihak GAMIS merancang strategy untuk kita mempertahankan surau tersebut dengan keadaan kami yang sedikit. Kami telah berganding bahu bersama-sama penduduk kg untuk mengawal kawasan surau tersebut, dlm itu sahabat sebelah ana tidak henti berzikir secara perlahan-lahan lalu aku juga turut berzikir di dalam hati. Terasa agak lucu, tauke yang bawa trektor yang kami jumpa sebelum masuk kg berembang itu pun bersama-sama MPAJ berada di kawasan tersebut..Pihak MPAJ,Polis dan FRU berada di hadapan kami. Sewaktu itu juga pihak JAIS sedang berbincang dengan wakil penduduk kg dan beberapa wakil-wakil dari NGO. Antara perbincangan yang ku dengari adalah, ‘kami penduduk kg ada surat dari Pak Lah(Perdana Menteri Kitaler)’ wakil JAIS, “surau ini tidak sah taraf, so skrg dia bukan surau”, wakil NGO(Mr ARU), “Ini hak rakyat dan kes ini belum selesai di makamah lagi kenapa mereka nak ambil tindakan” begitulah keluhan sebahagian daripada mereka. Hati ku teresa agak panas dgn kenyataan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi ku teruskan dengan zikir-zikir ku.

Kereta-kerata yang diletak sebagai perisai ditarik satu demi satu oleh mereka dan di ubah ke tempat lain. Pihak Jais masuk surau tersebut dan mengambil barang-barang seperti Al-Quran dan sebagainya, ini menunjukkan surau tersebut sudah bersedia untuk di robohkan. Wakil dari NGO memberi cetusan Idea kepada GAMIS untuk membuat solat hajat di depan surau tersebut..Lalu kami mengambil beberapa sejadah dari surau dan bentang dihadapan surau tersebut. Aku menyuruh sebahagian pegawai MPAJ untuk ke tepi supaya memberi laluan kepada kami untuk solat di situ. Terlihat bersama-sama solat hajat bersama kami adalah YB pas dan beberapa pimpinan NGO dan parti. Solat hajat di bawa oleh presiden GAMIS, telah selesai dan di teruskan dengan DOA dan zikir sehingga kami berasa tidak selesai kerana hasrat mereka untuk merobohkan surau itu diteruskan juga. Kami beramai-ramai berganding bahu semula. Pihak MPAJ membawa pemotong besi, ia cuba dihidupkan beberapa kali tetapi tidak berjaya. Hati kecil berasa sungguh gembira kerana ini pertolongan ALLAH, salah seorang pegawai pergi ambil sebuah lagi pemotong besi tetapi yang pertama tadi sudah pun berjaya di hidupkan..

Kami beramai bertakbir dan tahmid, tolak menolak berlaku. Diantara kami, pihak polis, pegawai MPAJ dan fru. Benteng kami berjaya di tebus tetapi kami buat apa yang termampu dan tidak memberi ruang kepada mereka untuk masuk dengan mudah…Sekali lagi tolak berlaku dan beberapa org sahabatku di tarik oleh mereka, terputus gandingan kami maka di sambung semula dan terus bertahan. Kemudian sahabat berhampiran aku ditarik oleh pihak polis bersama

Sambungan siri 2

presiden GAMIS, di dalam hati kecilku ini tidak boleh jadi nie tak kan aku nak biarkan mereka sahaja yang kena tangkap. Kami bertahan lagi aku lihat presiden telah ditarik dan ada sorang dua sahabat bersama dia, pihak polis menarik mereka ke tepi.

Kemudian gandingan sebelah kanan ku terlepas dan aku ditarik bersama sahabat sebelah aku oleh pihak polis, mereka seperti dalam satu kumpulan kecil membuat operasi sedemikan rupa. Aku ditarik bersama seorang sahabat di sebelah kiri ku, gandingan bahu ku tidak terputus di antara kami berdua. Dalam keadaan marah dan penat berhempas pulas sewaktu tolak menolak berlaku. Pihak polis tersebut bercakap kepada aku, “korang tahu tak sabar, sabar, sabar!!!,” aku menoleh kepada surau dan dalam keadaan marah aku jawab ‘sabar,sabar apa encik surau dah nak kena roboh ni!!!’ lalu polis tu memaksa aku duduk dan menakutkan aku, ambil gari dan gari mereka dua nie. Ini adalah kesilapan ku sepatutnya aku perlu bersabar dan buat cam budak baik, bukan hipokrit tetapi untuk membuat helah supaya aku dan sahabat dapat di lepaskan dan masuk semula ke dalam benteng yang kami buat

walau bagaimana pun kami di gari dan dibawa ke tempat yang lain tetapi tidak jauh dari kawasan tersebut dan aku terjumpa sahabat ku, presiden GAMIS dan beberapa sahabat lain. Kami beristigfar di situ dan zikir, pihak polis memberitahu kami ini semua kerja sia2, buang masa dan sebagainya aku kuatkan zikir aku lagi dan seperti tidak mahu layan pihak polis tersebut, lalu dia pun menyepi.Salah seorang dari pihak polis membuka gari dan membiarkan ia sedikit longgar supaya tidak ketat sangat ikatan tersebut. Polis itu memberitahu, kami bukan nak gari sangat tapi kerana terpaksa kami buat juga, ku lihat wajah polis tersebut dan ku rasakan dia seperti Ikhlas bercakap begitu namun itu bukan persoalannya. Ku bercakap pada sahabatku, ‘depa buat kerja depa, kita buat kerja kita’. Sahabat ku datang secara senyap dan meminta kunci motor untuk dijaga olehnya. Pihak berkuasa telah meneruskan hasrat mereka untuk meroboh surau tersebut juga, akhirnya terdengar pekekan takbir dan zikir. Aku tidak rela untuk melihat surau tersebut dan tidak dpt melakukan apa pun disitu selain berdoa pada yang esa.

Kami di bawa masuk ke dalam sebuah VAN berhawa dingin, gari-gari kami di buka. Pegawai polis seperti baik pula kepada kami dan bersembang mesra, polis ini adalah tidak sama seperti polis yang menahan kami. Kami lebih kurang sepuluh orang dalam tahanan polis tersebut di hantar ke balai polis berdekatan untuk di soal siasat. Kami di bawa ke seperti sebuah bilik mesyuarat polis. Sewaktu kami tiba dan sedang bersembang-sembang ada seorang lelaki dan perempuan, cuba buat baik dan menggorek rahsia kami dengan bertanya secara hati ke hati. Macam maner boleh tahu tentang perobohan surau, kenapa datang sini, ada kenalan ker @ adik beradik. Semua soalan2 ditanya dan cuba masukkan soal hukum agama dan logik akal, jadi kita jangan mudah terpengaruh dengan soalan-soalan nyer, jadi kena jahat sikit dan menipu supaya di tahu kita ini bukan sebuah persatuan @ gerakkan tertentu dan yang paling penting tidak mengaku sebagai seorang mahasiswa. Dua orang umpama cuba nak selesaikan masalah itu tadi merupakan S.B @ special branch lalu 2 mangkuk ini pun pulang dengan hati tenang. Rekod kami di periksa dengan merujuk kepada kad pengenalan dan di soal beberapa soalan secara terbuka dan seorang demi seorang oleh pegawai bertugas, sepatutnya mereka tiada hak untuk soal siasat kita kerana mereka bukan pegawai penyiasat yang bertugas. Makanan di hantar oleh NGO dan sahabat2 GAMIS untuk kami makan pagi lepas tu makan tengah hari pula sampai bersama-sama roti.

Sambungan siri 3

Sewaktu kami berada dalam bilik mesyuarat tersebut, ramai sahabat-sahabat GAMIS dan juga kelihatan presiden SMM(solidarity mahasiswa, gambungan semua persatuan mahasiswa seperti Denma,Gamis, JIM dsb). Terasa sungguh terharu dengan kehadiran mereka yang memberi sokongan sepenuhnya, musimah juaga tidak ketinggalan berada di kawasan balai polis tersebut. Tiba seorang lelaki berpakaian kemas ketuk pintu bilik tersebut, dan menanya keadaan kami, “semua okey ker” kami jawab dgn sebulat suara, “okey”. Lelaki tersebut memberi tahu bahawa dia merupakan Lawyer kami, dan tanya pada polis yang bertugas, ‘apa you nak buat dengan client I nie”. Polis tu seperti bingung dan hanya senyum…Lelaki itu pun keluar, lalu polis tersebut telephone bos dia, “encik lawyer di orang sudah datang, so kita nak buat apa dengan mereka ini…”

Kemudian kami mohon untuk bersembahyang, dan diberi untuk ambil wuduk seorang demi seorang, waktu aku keluar untuk ke tandas aku terlihat sahabat yang ku kenali dan sempat sembang-sembang dengan mereka dan aku ternampak lawyer yang masuk tadi, dia menanya kepada aku, ‘polis ada buat kekerasan tak, kalau ada bagitahu, kita saman balik mereka’ dengan nada yang keras. Aku kata, “tidak ada, apa-apa, semua layan baik”. Dia memberi pesan, nanti pihak polis akan ambil statement 112, kita sebagai saksi di tempat kejadian. So just jawab simple-simple jgn detail sangat, jawab soalan itu macam tak nak jawab soalan itu dan dia suruh ku pesan pada sahabat-sahabat yang lain. Lagi dia memberi pesanan kepada ku, sekirannya kena ambil statement 121, iaitu kita di tuduh kepada kesalahan tersebut, so untuk ini kita ada hak untuk berdiam diri dan jumpa di makamah. Setelah selesai solat zohor secara berjemaah di dalam bilik tersebut, hati menjadi semakin tenang. Aku mendapat msg dari ammar dan beberapa mas’ul ku, memberi semangat dan bertanyakan kabar, diriku terasa tidak seperti keseorangan.

Setelah seorang demi seorang di panggil untuk memberi keterangan untuk statement 112, tiba giliran aku. Jadi aku menjawab beberapa soalan dari pegawai penyiasat tersebut (I.O-Investigation Officer), tetepi banyak juga yang aku jawab tidak pasti. Dia agak marah ler, itu ler menggaji tinggi-tinggi orang tanya nama surau itu pun tidak tahu, aku hanya senyum sinis dan buat tidak tahu. Selesailah statement 112, aku pun agak panas di telingga tetapi dengan selamba senyum kepada sahabat-sahabat yang sedang menunggu giliran mereka. Sambil di dalam bilik mesyuarat tersebut, kami berta’ruf antara kami untuk lebih menggenal antara kami semua. Ada seorang polis yang datang ke bilik tersebut, mengambil gambar kami seperti seorang banduan dengan memegang no tetapi kami tidak pakai baju banduan ler. Salah seorang sahabat yang berada disitu berkata pada kami, ‘kita tidak bersalah waktu tangkap gambar nanti kita senyum sikit, menunjukkan kita tidakbersalah’. Lalu aku pun senyum sedikit waktu tengah tangkap gambar sebagai seorang pesalah. Cop jari kami di ambil, selalunya satu dua jari yang diambil cop tetepi kami, kesemua jari kami di ambil cop. Terasa diri ini buat salah apa sehingga sedemikian rupa tindakan yang diambil tetapi aku rasakan jika lebih teruk dari ini pun ku tidak gesah kerana kita kena jelas, kita buat semua ini kerana Islam dan bukan kerana orang lain.

Polis yang bertugas di dalam bilik mesyuarat tersebut, agak baik dengan kami dan dia memberitahu sekiranya semua nyer okey, kamu akan di lepaskan. Selepas hati terasa seronak kerana hendak di lepaskan, tiba-tiba masuk seorang pegawai(mgkn ketua polis cawangan tersebut)

Sambungan siri 4

Dengan muka yang serius, memandang ke arah kami secara sepintas lalu. Dia memberi arahan pada pegawai nyer, “buat statement 121”. Pegawai tersebut macam tidak setuju lalu dia berkata, “this is an order, make statement 121”. Pegawai tersebut akur dan kami di bawa ke bilik tertentu seorang demi seorang. Aku masih takut untuk membuat statement untuk berjumpa di makamah, kerana aku tidak tahu ini satu procedure atau satu tindakkan bersama-sama. Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku untuk mengenal pasti tindakan tersebut, lalu mereka mendapat kepastian dengan bermsg pada sahabat yang berada di luar bilik tersebut. Kita semua akan memastikan supaya statement yang kita bagi adalah, kita hendak berjumpa di makamah. Ini merupakan hak kita bila kita buat statement 121, di mana kita di tuduh di tempat kejadian. Hak kita adalah ‘remain to be silent’. Jika kes kita di bawah ke makamah mereka akan menggunakkan statement 121 untuk mencari bukti jadi, adalah di nasihatkan untuk berdiam diri.
Aku di panggil untuk memberi keterangan 121, aku berjumpa dengan pegawai ini dan aku bertanya kepada dia, ‘Encik saya ada hak untuk berdiam diri tak?’. Memang kamu ada hak, jadi kamu tak nak kata apa-apa ?, saya hanya senyum dan menggeleng kepala sahaja menunjukkan tanda tidak mahu berkata apa-apa pun. Selesai aku membuat statement 121, lega rasa hati. Waktu pun sudah hampir ke waktu magrib, seorang demi seorang kami mengambil wuduk di tandas berdekataan. Setelah selesai kami solat berjemaah kami berkumpul dan menunaikan tanggungjawab seterusnya dengan membaca ma’surat secara perlahan-lahan. Setelah selesai bacaan kami, aku dipinta untuk memberi sedikit tazkirah. Diri ini rasa tidak layak dihadapan sahabat-sahabat yang lain, aku dah tidak pandai berkata-kata untuk satu tempoh yang lama. Aku teruskan juga penyampaian aku, mengingatkan pada diriku dan sahabat tentang keikhlasan kita datang ke sini. Adakah kerana arahan, segan pada sahabat-sahabat atau memang kerana ALLAH. Lebih kurang begitu ler tazkirah yang aku berikan, dlm keadaan aku ketandusan Idea untuk berkata-kata. Ada seorang pegawai ketuk bilik mesyuarat dan suruh kami siap sedia untuk di ikat jamin. Alhamdulillah selesai juga akhirnya, kami di ikat jamin dengan membawa seorang sebagaipejamini dan yang tidak terlibat dalam kes tersebut. Surat di keluarkan dan aku dan sahabat ku di kehendaki menurun tanda tangan. Satu tarikh untuk ku ke makamah di paparkan dalam surat tersebut, dari ku sembang-sembang dengan sahabat yang sudah biasa dengan tindakan ini menjelaskan kepada ku, benda nie tidak ada apa-apa. Selalunya kes akan di gugurkan tetapi sebagai back up sediakan seorang RM 2000, termain sejenak di fikiran ku kat maner aku nak cari RM 2000 tetapi aku tidak risau sangat kerana aku tahu Allah bersama-samaku dan juga sahabat-sahabatku.
Sudah selesai di balai tersebut, kami balik pulang bertiga-tiga seperti sewaktu kami datang. Badan ku terasa sedikit kesakitan disana-sini tetapi hati rasa begitu puas dan lapang, mungkin semua dah selesai agaknya. Aku menerima beberapa sms dan juga panggilan telephone bertanya khabar dan tentang duit yang terkumpul. Aku terasa terharu sungguh dengan tindakan perihatin sahabat serta sahabiah. Ada yang aku dengar, memang tiada duit tapi sanggup menghulurkan bantuan. Aku mengucapkan syukran jazilan pada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sekarang ini kes kami semua masih tidak disebut lagi di makamah, jadi duit itu tidak digunakan lagi sehingga kes kami di sebut. Aku tidak ternanti-nanti kes itu akan disebut tetapi mengharapkan kes tersebut tidak di sebut.. Amin Ya Rabbal Alamin. Keluarga ku tidak tahu keadaan aku waktu itu, namun ku dapat rasakan mereka sudah tahu. Harap aku di redhoi oleh bonda dan ayahda, seterusya mendapat keredhoan ILAHI…

Sudah selesai cerita yang ku ingin berkongsi, semoga ada manafaatnya…Yang baik semua dari NYA dan yg tidak baik adalah kesilapan diri ku sendiri ..W;alam

Just nak cerita pengalaman, supaya kita semua dapat bersedia bila-bila masa
Muazzam
University Islam Technology Mara (UITM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: