UiTM sudahi hilang arah tujuannya


UiTM sudahi hilang arah tujuannya
Pembela Mahasiswa

ada usia 50 tahun, sudah cukup untuk mematang pemikiran, akhalak, tingkahlaku seseorang manusia. Dalam usia yang lanjut inilah dapat dilihat manusia yang dulunya hidup dalam kemaksiatan perlahan-lahan kembali ke pangkal jalan untuk mengenal Tuhan yang Maha Esa.

Alhamdulillah, baru-baru ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah pun mencapai umur 50 tahun. Sambutan hari jadi ini disambut dengan penuh meriah dan kebangaan oleh setiap lapisan masyarakat UiTM. Dengan usia yang matang ini sepatutnya wajar untuk universiti Islam ( hampir 90 peratus pelajar adalah islam) kedua di Negara ini mendapat mandat ‘World Class University’ yang sekian lama diidam-idamkan.

Dalam kerancakan langkah yang disusun untuk mengejar gelaran tersebut, terdapat tanda Tanya yang perlu dijawab oleh setiap individu yang bernaung di bawah payung UiTM iaitu apakah kayu ukur yang digunakan untuk memastikan UiTM menjadi ‘World Class University’. Persoalan ini ditimbulkan bertujuan untuk sama-sama difikirkan samaada ingin terus menjadikan Jahilyyah sebagai kayu pengukurnya atau ingin bertukar kepada kayu ukur Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dakwaan ini di buat bukan tanpa sebarang asas tetapi berdasarkan keadaan masyarakat UiTM dan program-program yang disajikan kepada setiap warganya. Wajarkah sesebuah universiti itu digelar bertaraf dunia jika produk-produk yang dibentuk mempunyai kecacatan yang terlalu ketara terutamanya dari sudut akidah dan akhlaknya. Bolehkah seorang pelajar islam dinobatkan sebagai pelajar bertaraf dunia jika budaya hindonisme menjadi budayanya.

UiTM mungkin mampu untuk mencapai universiti bertaraf dunia yang diidam-idamkan. Namun begitu mustahil untuk UiTM menjadi universiti yang bertaraf akhirat kerana produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Allah bahkan untuk menghampiri piawaian tersebut pun agak mustahil.

Hal ini agak mengecewakan kerana tempat yang sepatutnya menjadi lapangan untuk membentuk akidah dan akhlak pelajar-pelajar Islam ini telah salah ditadbir oleh orang yang jahil agama sehingga memberi kesan kepada aset-aset agama dan Negara.

Dari segi penguatkusaan pula UiTM dilihat gagal untuk mewujudkan keadilan di dalam peraturan-peraturan yang dibuat, sebagai contoh kesalahan tidak membawa kad matrik dan tidak mempunyai pelekat kenderaan lebih besar salahnya dari bertelanjang di kalayak ramai.

Begitu juga dengan golangan lelaki yang suka pergi ke kelas dengan memakai pakaian budak perempuan, di kaca mata UiTM meraka ini boleh dikatakan lebih mulia dari pelajar yang tidak membawa kad matrik. Dalam kes yang lain pelajar bebas menuggang motosikal bersama pasangan yang bukan muhrim di dalam kampus, kalau dinilai dari segi hukum semamangnya perkara ini telah diharamkan oleh Islam.

Namun demikian, di UiTM perbuatan jijik dan hina ini adalah halal.

Bukan setakat itu sahaja kelemahan peraturan yang ada, bahkan yang lebih memalukan, UiTM boleh dianggap sebagai seorang yang suka memakan ludah sendiri kerana banyak peraturan yang meraka canang dilanggar oleh meraka sendiri, sebagai contoh sasiah rupa diri pelajar yang digariskan hanya menjadi hiasan di dinding-dinding papan kenyataan sahaja tanpa ada penguatkuasaan dari pihak pentadbiran itu sendiri.

Jesteru itu, semua warga UiTM harus memberi perhatian kepada masalah ini kerana kesan yang akan dihadapi jika kelemahan ini tidak dibendung adalah agak besar dan akan menjadi penghalang utama dalam merealisasikan impian untuk menjadi ‘World Class University’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: