Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa


Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa

PTPTN jika di dengar maka senyum melebar mulut kerana satu pinjaman yang diberikan oleh kerajaan pada mahasiswa, boleh dikatakan hampir 70% mahasiswa yang akan dapat jika memohan PTPTN. Keluarga-keluarga mahasiswa turut gembira kerana mendapat pinjaman tersebut tetapi ini semua adalah kebaikan yang kita dapat lihat apabila dapat pinjaman tersebut sebaliknya banyak kesan negatif pinjaman tersebut.

Jika seorang mahasiswa yang bermula dengan diploma di IPTA dan menyambung diperingkat Ijazah sarjana muda maka pinjamannyer akan mencecah RM30,000. Mahasiswa sewaktu menggunakkan wang tersebut seperti tidak sedar dan menggunakan wang tersebut secara tidak menentu akhirnya bila hendak membayar maka timbul pelbagai dugaan dan cabaran untuk selesaikan hutang tersebut.

Disini kita lihat tindakan PTPTN yang tidak bertanggungjawab akan mengenakan urusan pemprosesan setiap bulan sebaik sahaja mahasiswa tersebut tamat pengajian. Setiap bulan akan didebit ke dalam akaun mahasiswa, iaitu sebanyak 3%(Lebih kurang Rm40) dari nilai hutang. PTPTN tidak lihat adakah mahasiswa itu sudah berkerja atau tidak, seelok-eloknya bagi lah tempoh 6-12 bulan selepas tamat pengajian sebelum mahasiswa tersebut dipaksa bayar. Sekiranya RM40 sebulan maksudnya RM480 setahun, target PTPTN adalah menyelesaikan hutang dalam masa sepuluh tahun. Sekiranya kita buat penangguhan pun, kita kena bayar dalam masa 10 tahun selepas tamat pengajian. Sekarang ini pula isu, dimana peminjam boleh dibawah ke makamah sekiranya tidak bayar hutang tersebut.

Jadi sebagai mahasiswa, saya memohan kawan-kawan yang lain, supaya apabila berbelanja ingatlah kita akan kena bayar hutang tersebut balik, jadi perbelanjaan yang tidak perlu haruslah dielakkan. Mengguna wang tersebut sebaik mungkin dan lebihannya disimpan untuk kegunaan sewaktu hendak membayarnyer..

Muazzam Mohd
University Islam Technology MARA.(UITM)

2 Responses

  1. salam..saye salah seorang pelajar yg akan menyambung pelajaran di peringkat degree di uniten.semasa diploma,saye ditanggung sepenuhnya oleh mara.

    persoalan saye,diantara ptptn,mara,dan yayasan negeri(saya yayasan pahang)yg manekah lebih baik atau lebih harus diutamakan sekiranya saye mendapat tawaran dr ketiga3 penaja? harap dapat membantu

  2. wslm…syukran atas persoalan..bukan lah org yg paling sesuai nak jawab…tp sebagai perkongsian…

    ptptn kan ada riba…interest 3% melainkan dapat first class
    mara setahu saya tiada interest, malah dpt first class pinjaman boleh tukar jadi biasiswa atau di kurangkan pembayaran
    yayasan pahang, rasanya ada interest…mkgn 2%…kerajaan kelantan kot tiada interest

    jadi benda nie kene rujuk balik sebab takut ada perubahan…jadi buat lah keputusan sebaiknya…

    *maaf lambat respond
    w’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: