Surau Menara SSAA UiTM S.Alam dirobohkan


UiTM sudah genap 50 tahun umurnya tahun ini (2006), tetapi benda pelik yang berlaku di UiTM Shah Alam. Kalau ikut pembangunan di UiTM memang semua tempat di tambah, bilik kuliyah, asrama mahasiswa, bangunan pentadbiran dan lain-lain. Ini satu tindakan yang baik oleh pentadbiran untuk memenuhi kehendak UiTM yang ingin menuju World Class. Apa yang pelik dan tidak masuk akal yang dilakukan oleh pihak pentadbiran UiTM adalah mengubah surau siswa di menara SSAA UiTM ke bangunan lain. Tindakan ini masih boleh dimaafkan tetapi apabila surau yang baru adalah lebih kecil iaitu 1/3 saiz surau lama ini membuatkan ramai mahasiswa dan juga staf tidak bersetuju dengan tindakan pihak pentadbiran ini. Jika dilihat di surau lama, waktu puncak iaitu sembahyang zohor surau tersebut tidak dapat menampung mahasiswa dan staf yang membanjiri kawasan surau itu untuk
solat secara berjemaah. Penulis mendapat makluman bahawa ini adalah arahan dari pimpinan tertinggi pentadbiran UiTM untuk mengubah surau tersebut. Sememangnya surau baru lebih selesai dengan karpet baru, berhawa dingin dan di beli rak Al-Quran baru tetapi bukan ini yang kami pengguna surau hendak kerana surau sudah menjadi kecil. Waktu surau lama dahulu pihak pentadbiran buat tidak indah kepada surau, tetapi kerana hendak sesuatu maka mereka menggaburi mata mahasiswa dengan sedikit nikmat dunia.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seperti tidak wujud kerana bila bertanya kepada mereka, apa dah jadi dengan surau, mereka kata kami pun baru tahu surau nak di roboh. Tindakan pentadbiran seolah-olah tidak memperdulikan hak mahasiswa walaupun mereka merupakan MPP. Sekerang ini baru MPP tahu bahawa pihak pentadbiran tidak mahu MPP memberi pandangan atau pendapat, apa yang mereka hendak ikut sahaja pentadbiran. MPP sekadar boneka atau orang suruhan atau lebih kasar lagi BaRUA pentadbiran sahaja. Untuk menunjukan keperhatinan yang ada segelintir MPP membuat surat bantahan dan ramai juga mahasiswa yang menurunkan tanda tangan. Terdengar juga wakil MPP berjumpa dengan timbalan H.E.P tetapi operasi meroboh surau masih berterusan.Hasilnya mungkin MPP termakan tipu daya pihak pentadbiran yang menyebabkan tindakan itu sudah tidak kendengaran atau pun bisu tidak menahu.
Teruk tidak teruk pihak pentadbiran UiTM mengeluarkan notis pada 11/10/06 dan meminta dipindahkan pada surau baru pada tarikh yang sama. Ini tindakan pengecut UiTM kerana takut jika mahasiswa buat sesuatu. Dari maklumat yang diperolehi surau yang di robohkan hendak digantikan dengan kedai cenderhati dan kedai tersebut hendaklah disiapkan secepat mungkin sebelum konvokesyen pd 9/11/06. Jika kita lihat dari tidakan tidak beradap oleh UiTM mengubah surau ini menunjukkan bahawa UiTM lebih berteraskan keuntunggan semata-mata dan meminggirkan soal AGAMA.
Sekarang ini surau baru tidak ramai seperti dulu lagi seperti di surau lama kerana sekarang ini surau baru tidak dilengkapkan dengan alat P.A system. Walaupun alat-alatnya ada tetepi ia tidak dapat berfungsi kerana wayer-wayer tidak disambung mungkin ini tindakan yang disengajakan oleh pihak pentadbiran. Jika dulu azan akan kendengaran berkumandang sekarang ini semua itu hanya tinggal mimpi sudahlah kecik, tiada azan berkumandang, tempat wuduk yang terhad, ini semua faktor menyumbang kepada sikitnya Jemaah di surau baru ini. Kemanakah mahasiswa yang ramai ini sembahyang, sekirannya di tempat lain itu pun jauh dari situ, tidak mengapa tetapi jika mereka tidak sembahyang atau sembahyang lewat kerana takut lewat ke kuliyah. Siapa akan tanggung dosa-dosa ini, pihak pengurusan, pihak pentadbiran, pihak H.E.P/H.E.A atau prof. Ibrahim Abu Shah sendiri.
Saya menyeru kepada pihak bertanggungjawab tolong kaji balik tentang tindakkan yang tidak beradap ini. Tindakkan ini boleh menyebabkan ramai mahasiswa lalai dari melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan menyebabkan runtuhnya tiang agama kerana solat merupakan tiang agama. Tolong cari alternatif yang lebih baik dan menguntungkan semua pihak.

Mahasiswa Perihatin UiTM S.A

One Response

  1. teruskan usaha muaaz..

    kak nur & Ustaz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: