KONVOKESYEN UiTM kali ke 67(14-25.NOV.07)-APA ADA Di dalamnya.

Seperti biasa konvo merupakan impian dan harapan mahasiswa ketika menjejak kaki ke perkarangan universiti.konvo2.jpg

Baru-baru ini aku berpeluang menerima segulung Ijazah di UiTM, Alhamdulillah tamat jua penggajian aku disana. Seperti biasa para graduan di minta untuk datang awal dan berbaris panjang menuju ke dewan seri budiman. Aku lihat ramai yang berpakaiyan sopan (tetapi tidak semestinya menutup aurat) kerana itu yang di minta oleh pihak pengurusan, namun ada juga sebilangan kecil yang berpakaiyan tidak sopan.

Bila aku dan rakan aku sudah mula bergerak masuk ke dewan, keluargaku melambai-lambai kepadaku untuk menangkap gambarku. konvo.jpgSetiba didalam dewan, graduan yang telah disusun terlebih dahulu memenuhi ruang-ruang yang disediakan, nasib badan ler…kalau nama ala2 perempuan maka kita akan kena duduk sebelah perempuan, nama tersebut di susun berdasarkan susunan (ABC). Kerusi-kerusi yang disusun rapat menyebabkan ada di antara graduan berasa tidak selesa kerana duduk bersebelahan dengan bukan mahram.

Ketibaan Pro-Chancel UiTM bersama gerombolannyer, “semua hadiran diminta terus berdiri”ucapan dari pengurusi majlis. Apa yang penulis hendak cuba ketengahkan disini adalah lagu-lagu yang di sampaikan di dalam dewan tersebut setelah selesai setiap bahagian penerimaan Ijazah/Diploma. Sesuatu sidang akan ada waktu berehat atau break dalam masa 10 minit. Pada waktu berehat yang pertama, dimainkan lagu UiTM dan Zapin, ini masih boleh diterima lagi namun ia lebih jadi melampau apabila waktu berehat seterusnya dimainkan lagu dara, teruna dan bermacam-macam lagi yang melambangkan UiTM umpama tiada maruah apabila membiarkan graduan-graduan berhibur sedemikian rupa. Ini bukan taraf sebagai mahasiswa untuk berhibur sedemikian rupa pada hari yang bersejarah ini. Di ketahui umum hampir 90% graduan UiTM adalah Islam, salahkan kita meletakkan lagu-lagu yang menampakan sebagai seorang mahasiswa atau yang berbentuk Islamic, di sini apabila penulis melihat kepada Pro-Canceler UiTM dia umpama tidak bersetuju dengan lagu-lagu tersebut kerana bila lagu-lagu itu berkumandang ia seperti sedih dan hanya tunduk.

Bila tiba pada ucapan beliau, adalah sungguh akademik bercerita tentang terima kasih yang utama kepada IBUBAPA dan bersyukur kepada ALLAH SWT. Antara lain ia menyentuh penting nyer ilmu bila di amalkan bukan disimpan.

Lain pula ucapan dari Naib Cancler UiTM(pada sidang yg lain), Prof Ibrahim Abu Shah, “Apa lagi yang kita nak daripada kerajaan, segala-galanya telah disediakan malah 90% pembiayaan kita belajar kat UiTM adalah ditanggung oleh kerajaan..kita patut berterima kasih dan menyokong kerajaan untuk memperkukuhkan orang Melayu”.Beginikah ucapan seorang akademik, bila lebih bercerita tentang unsur politik pada graduan bukan itu yang kita nak dengar, memang sudah menjadi tanggungjawab ayah kepada anak mendidik anaknyer dan menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat.

Sebagai tambahan kes salam di antara penyampai dan penerima Ijazah/ Diploma ini menjadi pendebatan hangat apabila pihak UiTM hanya dapat keluarkan arahan bagi mahasiswi yang tidak mahu batal air sembahyang yer maka dibenarkan memakai sarung tangan, nampak sangat dengkel nyer pemikiran pihak penggurusan UiTM. Semua sedia maklum hukumnya adalah haram bagi menyentuh bukan mahram tetapi apa boleh buat apabila orang Islam sendiri yang mengubah hukum ALLAH. Ramai graduan yang tidak memakai sarung tangan dan apabila ada graduan tidak salam kepadanya ia marah dan kata , ”dia hormat kepada graduan dan ada graduan tidak hormat pada dia”. Benda-benda ini boleh diperbetul dari awal lagi bukan bila ia sudah terlambat bukan graduan tidak hormat padanya tetapi lebih hormat atau akur pada perintah ALLAH.

Tulisan penulis bukan untuk tidak membenarkan graduan-graduan berkonvo di UiTM tetapi mungkin sebagai persediaan dan kesedaraan kepada sahabat-sahabat moga-moga kita di lindunggi oleh ALLAH dari segala maksiat yang kita akan atau telah lalu didalam konvo. Selamat Berkonvo moga UiTM dapat berrubah…amin

Muazzam mohd

Graduan UiTM,Malaysia

Konvo Ke-67

xuitm.wordpress.com

Advertisements

cacatan diari-bersih10nov07-100,000

10.30 pg.

Kami tiba di Masjid Jamek tanpa sebarang masalah. Namun, melihat kepada suasana Masjid yang dikawal oleh FRU, kami merayau seketika di kawasan sekitar masjid. Setelah terasa lapar, kami mengambil kesempatan yang ada untuk menjamu selera di kedai mamak berhampiran. Tanpa dirancang, kaki kami terus melangkah hingga ke KOMPLEK PERTAMA dan seterusnya ke SOGO. Ah, alang-alang dah sampai ke SOGO dan waktu yang ada masih berbaki kurang lebih 4 jam lagi untuk masa berhimpun yang ditetapkan di Masjid Jamek, kami merayau-rayau seketika di situ. Suasana agak tenang, unit Amal Malaysia beratur setia di hadapan bangunan yang tersergam itu tanpa mempedulikan polis-polis yang sedang memerhatikan gelagat mereka. Ramai juga orang awam yang berada di sekitar bangunan tersebut. Dan kami agak pasti, mereka juga sedang menunggu waktu yang bersejarah itu.

1.15ptg.


Kami mengambil keputusan untuk solat Zohor di komplek SOGO. Kaki pun dah rasa kepenatan berjalan pusing KL hari ni. Lagipun masa pun masih agak awal untuk ke Masjid Jamek dalam keadaan begini. Allahu Akbar, surau di Kompleks SOGO penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing ingin mengambil kesempatan solat di awal waktu. Bahkan ada juga yang terpaksa menunaikan solat di ruang legar lif bangunan sampai berkali-kali jemaah solat berganti. Subhanallah. Tatkala itu, orang lain sibuk membeli belah di bahagian atas SOGO. Indahnya Syariat Islam.

2.00 ptg


Setelah selesai menunaikan tuntutan Ilahi, kami meneruskan tuntutan demokrasi pula. Menuntut keadilan dalam Pilihan Raya Umum nanti. Sebaik sahaja kami keluar dari bangunan pencakar langit itu, kelihatan kelibatan segerombolan manusia berbaju kuning menuju ke arah kompleks SOGO. Dengan diiringi Unit Amal Malaysia, beberapa orang pimpinan PAS dan juga NGO yang lain seperti Ust Ahmad Awang, Naib Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust Riduan Mad Nor, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nik Mohamad Abduh, Ust Nor Azli Taliban, Ust Kamal Asyaari, Ust. Abu Bakar Chik dan beberapa pimpinan lain kelihatan memimpin himpunan aman ini. Suasana tenang pada mulanya bertukar wajah. Orang ramai mula mengenakan pakaian kuning. Seluruh ceruk bangunan manusia mula berkumpul dari dalam dan luar SOGO. Sekelip mata gelombang kuning mewarnai SOGO. Kompleks SOGO ditutup sementara. Mungkin mereka bimbang berlaku sebarang rusuhan agaknya. Kami sekadar menduga. Taujihad pimpinan dimulakan oleh Ustaz Ridhuan, yang sememangnya telah dikenali ramai sebagai `Kaki Demostrasi`. Unit Amal bertugas untuk mengawasi pimpinan dan peserta. Polis hanya memerhati setiap gelagat para peserta perhimpunan aman ini tanpa bertindak semberono. Setelah diakhiri dengan bacaan doa, seluruh warga perhimpunan mula bergerak keluar dari perkarangan SOGO melewati hentian monorel SOGO menuju ke Istana Negara sambil melaungkan kata-kata keramat.

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!…Aman! Aman! Aman Rakyat!… Tenang! Tenang! Polis Tenang! Kami Rakyat! Orang Raja! ……Takbir! Allahu Akhbar!…

Rintik-rintik hujan mula kelihatan, seakan turut bersama kami menuntut keadilan rakyat ini. Kami meneruskan perjalanan dengan semangat yang lebih membara untuk menuntut keadilan. Tiba di hadapan persimpangan Dataran Merdeka. Kelihatan kenderaan FRU meluncur laju melewati barisan hadapan rombongan. Mujur tiada halangan. Para pimpinan memimpin seluruh warga perhimpunan mara ke hadapan melewati DBKL dengan diiringi petugas-petugas Unit Amal. Hujan mulai lebat, orang ramai terus mara ke Masjid Negara. Rupanya FRU ke Masjid Jamek..menyuraikan segerombolan peserta perarakan lain di sana. Tak dapat dibayangkan jika dapat digabungkan tadi. Gegak gempita bandaraya KL.

Rupanya lagi ramai penyokong di Masjid Negara menanti. Kami berhenti seketika di seberang jalan. Menanti penggabungan. Di hadapan Masjid Negara, FRU berpadu tenaga mengawasi kumpulan di dalam Masjid Negara dan terus menghalang mereka daripada keluar. Namun, akhirnya FRU terpaksa membenarkan juga peserta keluar dari perkarangan Masjid Negara untuk menyertai perarakan utama.

Kalimah Allahu Akhbar! Terus bergema. Kenderaaan-kenderaan di laluan bertentangan turut memberikan sokongan. Hon dibunyikan sebagai tanda menyatakan sokongan mereka kepada kumpulan perarakan. Pelbagai bangsa dan kaum terlibat samada secara langsung atau tidak, sebagai peserta perhimpunan atau pun sebagai pemandu-pemandu kenderaaan di kiri kanan jalan raya. Sungguh aman dan bersih.

Tidak banyak kain rentang yang dibawa semasa perhimpunan tersebut. Namun yang menariknya ialah kain rentang yang kami bawa adalah antara salah satu daripadanya. Memang kain rentang kami menjadi tumpuan ketika itu. Ada-ada saja orang yang ingin merakamkan kenangan bersejarah ini dengan berlatar belakangkan kain rentang kami, Rasanya SB pun ada yang ambil gambar. Begitu juga dengan para peserta perhimpunan ataupun dari para pemandu kenderaan yang sedikit kagum dengan suasana yang ada. Mereka baca dan amati kain rentang itu dan mengukir senyuman tanda faham dan setuju.

Perarakan sudah 20 minit melepasi Masjid Negara. Sesekali kami menoleh ke belakang dan lihat kebawah fly over. Ah, rupanya ada lagi kumpulan perarakan yang bergerak mara ke arah kumpulan utama, kumpulan dari Pasar Seni agaknya.

3.00ptg.

Setibanya di perkarangan Istana Negara, kelihatan lautan manusia sejauh mata memandang di belakang. Kami yang berada di barisan hadapan berasa penuh kagum dengan jumlah yang sedemikian ramai orang. Ish, kalau dicampur dengan para perhimpun di Masjid Jamek mungkin haru-biru polis dibuatnya, kami berbisi-bisik sesama sendiri. Sebelum taujihad dimulakan, kami diarahkan untuk duduk bagi memudahkan lagi proses perhimpanan aman ini. Semua yang hadir pada ketika itu akur dengan arahan pimpinan. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang mengeluh dan mencemuh arahan tersebut. Melihat kepada cara berpakaian dan lagak gaya mereka, kami pasti ia datang dari para provokasi SB yang telah diselinap masuk kedalam gerombolan tersebut. Taujihad dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh Mad Sabu, Naib Presiden PAS. Seterusnya disusuli pula oleh Ketua Pemuda PAS,YB Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Ust Nor Azli Taliban. FRU dan Polis lagak gaya macam `anjing kerajaan` dengan tegas menyekat peserta dari menghampiri pagar istana. Unit Amal berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik, dengan membuat satu benteng di hadapan para petugas FRU tersebut. Mimik muka mereka tak tumpah macam para petugas FRU tersebut, serius dan masam.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!..Kalimah keramat itu juga turut menjadi intonasi yang menarik pada hari itu. FRU nampaknya memberi kerjasama yang baik. Takut agaknya. Silap bertindak padah menanti FRU dan Polis. Begitu jugak dengan peserta perarakan, tenang di luar, tapi kencang di dalam.

Tenang! Tenang! Polis Tenang!…Aman! Aman! Rakyat Aman!..Polis Tenang!.Rakyat Aman!

Berkali-kali ucapan keramat itu dilaungkan bagi membangkitkan semangat para peserta perhimpunan dan menenangkan keadaan.

3.25 ptg

Dalam keamanan perhimpunan itu, kelihatan wakil BERSIH iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang, Presiden PAS, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Lim Kit Siang, Presiden DAP berjalan keluar dari Istana Negara dan menuju ke arah kumpulan perhimpunan. Orang ramai yang berada di situ riuh seketika apabila melihat kelibat kedatangan pemimpin mereka datang dan terpaksa ditenangkan oleh Mad Sabu yang menjadi ketua perhimpunan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil kesempatan untuk memberi sedikit taujihad kepada para peserta perhimpunan dan diikuti pula ucapan daripada Datuk Seri Anuar Ibrahim. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup berkorban datang dari jauh untuk merealisasikan perhimpunan aman BERSIH ini. Semua peserta perhimpunan berasa puas apabila dapat mendengar ucapan daripada para pimpinan mereka.

Kehadiran helikopter yang berlegar di ruang udara Istana Negara sedikit sebayak mengganggu kelancaran perhimpunan aman dan taujihad yang diberikan.

Kurang lebih jam menunjukkan pukul 3.45 petang, Ketua polis Dang Wangi dari atas jentera FRU, mula memberi amaran bahawa masa 5 minit diberikan untuk bersurai. Pada mulanya seolah-olah rakyat tidak mahu bergajak..namun akur dengan arahan pimpinan, Kami dengan rasa bangga dan girangnya berpusing dan mula bergerak meninggalkan istana Negara..girang..sedikit pun tidak rasa kerugian.

Jalan ! Jalan ! Jalan terusTenang! Tenang! Polis Tenang!…Aman! Aman! Rakyat Aman!..Polis Tenang!. Rakyat Aman!

4.40ptg

Para peserta perhimpunan aman BERSIH telah tiba di Masjid Negara dengan hati yang penuh kesyukuran kepada Allah kerana melancarkan perhimpunan ini dengan baik walaupun masih ada sedikit sebanyak gangguan daripada pihak FRU terutamanya di Masjid Jamek. Di kejauhan, kelihatan masih ramai lagi orang di sekitar masjid dan juga di atas fly over yang melihat kelibat kehadiran kami di situ. Mungkin mereka dari kalangan peserta perhimpuan yang tidak sempat mengikuti agenda penyerahan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung di Istana Negara. Sesekali mereka melambai-lambai tangan ke arah kami dan sesekali ada juga yang masih mengambil peluang untuk merakamkan gambar kenangan hari yang bersejarah itu dan kami yang memegang kain rentang sememangnya tidak diabaikan oleh para peminat perhimpunan aman ini.

nizam-jitra

Walimatul Urus… Zaliza dan Abdul Nasir& Nadia dan zainie

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Walimatul Urus…

Dengan keizinan dan keredhaan Allah SWT ke atas hamba-hambaNya…

saya serta keluarga dengan berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan semua seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan saya :

Zaliza binti Zakaria dengan pasangan Abdul Nasir bin Hj Fathil

insyaALLAH pada 24 November 2007 (Sabtu) /sebelah pengantin perempuan

beralamat di 175 A KM 8.4, Jalan Putra, 06250 Alor Setar, KEDAH

dan

pada 25 November 2007 (Ahad) / sebelah pengantin lelaki

beralamat di 1322 Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas, Seberang Prai Utara, PENANG


Diharapkan kalian dapat mengisi ruang jadual kalian ke majlis kami. Semoga DOA dan KEHADIRAN kalian diiringi rahmat dan berkat dari Allah SWT… InsyaAllah…

Jamuan Makan bermula 12.00 tgh – 6.00 petang…

(sahabat² yang tak dapat datang siang, datang malam pun boleh)

04-7336737 – Rumah

012-4328014 – Zabariah (Ibu)

019-4725154 – Zaliza

Wallahu’alam…

Sekian, terima kasih.

Zaliza Zakaria
National Library of Malaysia
Kuala Lumpur “…Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya…”

Assalamu’alaikum…

Semoga sentiasa dalam peliharaan ALLAH hendaknya..
Dengan berbesar hati, ana dan keluarga menjemput semua sahabat-sahabiah ke majlis perkahwinan ana pada 24/11/2007 (Sabtu) bersamaan dengan 14 Zulkaedah 1428H.

Bersama-sama ini ana sertakan kad undangan perkahwinan. Boleh hubungi ana di no. 013-4886961
Semoga dengan kehadiran antum akan menambahkan lagi barakah dan seri majlis tersebut. InsyaALLAH..

Counter Muslim

Counter Muslim