KONVOKESYEN UiTM kali ke 67(14-25.NOV.07)-APA ADA Di dalamnya.


Seperti biasa konvo merupakan impian dan harapan mahasiswa ketika menjejak kaki ke perkarangan universiti.konvo2.jpg

Baru-baru ini aku berpeluang menerima segulung Ijazah di UiTM, Alhamdulillah tamat jua penggajian aku disana. Seperti biasa para graduan di minta untuk datang awal dan berbaris panjang menuju ke dewan seri budiman. Aku lihat ramai yang berpakaiyan sopan (tetapi tidak semestinya menutup aurat) kerana itu yang di minta oleh pihak pengurusan, namun ada juga sebilangan kecil yang berpakaiyan tidak sopan.

Bila aku dan rakan aku sudah mula bergerak masuk ke dewan, keluargaku melambai-lambai kepadaku untuk menangkap gambarku. konvo.jpgSetiba didalam dewan, graduan yang telah disusun terlebih dahulu memenuhi ruang-ruang yang disediakan, nasib badan ler…kalau nama ala2 perempuan maka kita akan kena duduk sebelah perempuan, nama tersebut di susun berdasarkan susunan (ABC). Kerusi-kerusi yang disusun rapat menyebabkan ada di antara graduan berasa tidak selesa kerana duduk bersebelahan dengan bukan mahram.

Ketibaan Pro-Chancel UiTM bersama gerombolannyer, “semua hadiran diminta terus berdiri”ucapan dari pengurusi majlis. Apa yang penulis hendak cuba ketengahkan disini adalah lagu-lagu yang di sampaikan di dalam dewan tersebut setelah selesai setiap bahagian penerimaan Ijazah/Diploma. Sesuatu sidang akan ada waktu berehat atau break dalam masa 10 minit. Pada waktu berehat yang pertama, dimainkan lagu UiTM dan Zapin, ini masih boleh diterima lagi namun ia lebih jadi melampau apabila waktu berehat seterusnya dimainkan lagu dara, teruna dan bermacam-macam lagi yang melambangkan UiTM umpama tiada maruah apabila membiarkan graduan-graduan berhibur sedemikian rupa. Ini bukan taraf sebagai mahasiswa untuk berhibur sedemikian rupa pada hari yang bersejarah ini. Di ketahui umum hampir 90% graduan UiTM adalah Islam, salahkan kita meletakkan lagu-lagu yang menampakan sebagai seorang mahasiswa atau yang berbentuk Islamic, di sini apabila penulis melihat kepada Pro-Canceler UiTM dia umpama tidak bersetuju dengan lagu-lagu tersebut kerana bila lagu-lagu itu berkumandang ia seperti sedih dan hanya tunduk.

Bila tiba pada ucapan beliau, adalah sungguh akademik bercerita tentang terima kasih yang utama kepada IBUBAPA dan bersyukur kepada ALLAH SWT. Antara lain ia menyentuh penting nyer ilmu bila di amalkan bukan disimpan.

Lain pula ucapan dari Naib Cancler UiTM(pada sidang yg lain), Prof Ibrahim Abu Shah, “Apa lagi yang kita nak daripada kerajaan, segala-galanya telah disediakan malah 90% pembiayaan kita belajar kat UiTM adalah ditanggung oleh kerajaan..kita patut berterima kasih dan menyokong kerajaan untuk memperkukuhkan orang Melayu”.Beginikah ucapan seorang akademik, bila lebih bercerita tentang unsur politik pada graduan bukan itu yang kita nak dengar, memang sudah menjadi tanggungjawab ayah kepada anak mendidik anaknyer dan menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat.

Sebagai tambahan kes salam di antara penyampai dan penerima Ijazah/ Diploma ini menjadi pendebatan hangat apabila pihak UiTM hanya dapat keluarkan arahan bagi mahasiswi yang tidak mahu batal air sembahyang yer maka dibenarkan memakai sarung tangan, nampak sangat dengkel nyer pemikiran pihak penggurusan UiTM. Semua sedia maklum hukumnya adalah haram bagi menyentuh bukan mahram tetapi apa boleh buat apabila orang Islam sendiri yang mengubah hukum ALLAH. Ramai graduan yang tidak memakai sarung tangan dan apabila ada graduan tidak salam kepadanya ia marah dan kata , ”dia hormat kepada graduan dan ada graduan tidak hormat pada dia”. Benda-benda ini boleh diperbetul dari awal lagi bukan bila ia sudah terlambat bukan graduan tidak hormat padanya tetapi lebih hormat atau akur pada perintah ALLAH.

Tulisan penulis bukan untuk tidak membenarkan graduan-graduan berkonvo di UiTM tetapi mungkin sebagai persediaan dan kesedaraan kepada sahabat-sahabat moga-moga kita di lindunggi oleh ALLAH dari segala maksiat yang kita akan atau telah lalu didalam konvo. Selamat Berkonvo moga UiTM dapat berrubah…amin

Muazzam mohd

Graduan UiTM,Malaysia

Konvo Ke-67

xuitm.wordpress.com

3 Responses

  1. Salamualaikum..umang aih..gedabak besor gambaq Pak Brahim.Thanks for the visit .Awat tak link anta punya page to mine.

  2. Siswa dan siswi uitm sentiasa dimomokkan bahawa segala tindakan kerajaan adalah betul.Kita masuk uitm pun kerana belas kesian kerajaan kononnya.Sebab itu uitm melahirkan graduan yang hanya pandai mengangguk,tidak berani bersuara dan inilah yang sebenarnya yang kerajaan mahukan.

    muaz-xuitm, terima kasih atas komentar….macam tu ler Uitm/umno…kata nak tlg bangsa…tp perosak bangsa

  3. Salam.

    Tahniah sebab dah grad. Mesti best kan dah grad.

    Anyway, saya pun tak suka bila orang² kuat UiTM suka sangat mempolitikkan politik kat sini. Iye lah, walaupun saya masih under age tapi siapalah saya untuk menghalang mereka² ini dari bersuara sedemikian rupa.

    UiTM kalau betul nak membantu kaum bumi, kenalah fokus pada akademik kita dan bukan nak mencampur-adukkan dan mengotori pemikiran anak bumi dengan politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: