Mehnah dan tribulasi di ambang raya


Mehnah dan tribulasi di ambang raya

2 minggu lepas dengan begitu pantas masa berlalu, bertipa-tima kerja yang aku dapat…bukan kerja di tempat kerja sahaja tetapi begitu juga kerja Islam. Berlaku rombakkan di sana sini untuk memantapkan gerak kerja. Dapat ler satu dua jawatan tambahan membuat aku bigung adakah aku mampu untuk memikul bebanan amanah tersebut, namunku galas juga disebabkan orang nak buat kerja tidak ramai dan nak bercakap memang ramai.

Pada minggu tersebut sampai hampir tiap-tiap malam ada mesyuarat dan juga pertemuan untuk berbincang sesuatu perkara.

Pada satu pagi, sesudah subuh berJemaah bersama keluarga lalu disampaikan tazkirah khusus untuk aku, supaya jangan duk sibuk dengan Raya yang akan datang nie.. aku berbahas juga lalu akur dan berdiam diri. Bila tiba malam tersebut, aku tidak keluar ke tempat sepatutnya. Ini adalah strategi agar esok mudah sedikit untuk aku keluar.

Namun pada ke esokkannya, halangan pertama adalah dari ibunda ku. Dia memberi pesanan tidaklah perlu pergi mesyuarat, nanti ambik maklumat dari mesyuarat tesebut. Aku tidak setuju dan hanya berkata dengan baik, aku perlu untuk berada dalam mesyuarat. Ku sangka Ayah aku akan menjadi penghalang utama namun dia sudah tidur tetapi dia sudah memasang SBnya, iaitu adik ku yang berada di rumah. Elok aku sudah bersiap dan menunggu untuk sahabatku datang. Ia mula dari bilik, adik ku suruh memberitahu kepada ayahda dan aku berkeras tidak mahu memberitahu. Sampai aku nak keluar, ibu ku pula mengeluarkan kata-kata “dia nak pi juga”. Adik ku pun memanggil-manggil nama ku, aku tidak layan dan dia berkata “bukan nak halang abg buat kerja baik tp bagitahu ler ayah, dia menambah lain kali jangan tegur dia juga walau dia buat kerja baik atau jahat”. Aku meneggaskan kerja tak betul kena tegur ler, kalau berlandaskan benda baik tidak apa ler….

Aku menghidupkan motor ku, kerana sahabatku tidak dapat untuk ambil aku dan ku bergerak ke lokasi perjumpaan tersebut. Malam tersebut seperti sedikit hambar bagiku, memikirkan kata-kata yang dilemparkan oleh adikku namun ku berdoa agar mendapat pertolongan dari yg ESA. Sehari dua juga aku tidak bertegur dengan adikku tetapi selepas itu seperti biasa cuma aku dan dia kurang bercakap tetapi perhubungan tersebut semakin pulih.

Kita diuji mengikut tahap kita, ada abang-abang yang bersama aku sudah mempunyai rumah tangga lain pula ujiannya, ada yang isteri nak bersalin, anak baru lahir tidak sihat dan bermacam-macam lagi masalah, dimana masalah itu bukan dibuat-buat dan seolah-olah tiada jalan keluar. Mungkin ini dikatakan pengorbanan tetapi kita tidak dapat ukur sejauh mana pengorbanan tersebut dan apakah betul tindakan tersebut.

Semoga tindakan aku nie mendapat keredoan yang Maha Esa dan juga keluargaku…amin…

muazzam mohd

www.xuitm.wordpress.com

One Response

  1. Mau’idzah:Sabda rasulullah saw, saya lebih suka mengiringi seorang pejuang di jalan Allah dan membantu perjalanannya pergi dan balik daripada beroleh dunia dan segala isinya.(riwayat ibnu majah drpd anas ra).

    Dinisbahkan kepada hadis ini ana berharap nasihat dhoif ini diangkat Allah sebagai membantu sahabat yang sedang berjuang dilandasanNya. Moga qudwah kelembuatan dan kesabaran Nabi diikuti biarpun mus’ab b umair tetap dengan pendirianya bersama nabi.

    muaz:Syukran jazilan semoga terus Istoqomah dlm perjuagan yang belum selesai…W;alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: