Kedah, Kubang Pas…Satu Analisis PR 2008

Seperti sebelum ini semua sedia maklum bahawa kubang pasu merupakan tempat yang begitu menjadi tumpuan sebelum ini di waktu era Tun Mahathir. Kira waktu zaman tersebut ia akan menjadi satu kubu kuat bagi Umno/BN. Tetapi untuk waktu zaman Pak Lah ini, undi majoriti bagi BN merosot dari tahun 1999 ke tahun 2004. Pada 2004 majoriti BN adalah sebanyak 13,712 untuk parlimen kubang pasu, memang besar majoriti tersebut dengan bilangan pengundi sebanyak 53,323 pemilih berdaftar hampir sama dengan mahasiswa di uitm, Malaysia.
Sebelum penulis membuat analisa tentang parlimen adalah lebih baik kita berbicara tentang dun-dun yang terdapat di kubang pasu. Di kubang pasu terdapat 2 dun iaitu dun bukit kayu hitam dan juga jitra. Di kedua-dua dun menepatkan pertandingan 2 penjuru, dimana Jitra diwakili oleh BN(Umno) Vs B.A(PAS) dan Bukit kayu hitam oleh BN(Umno) Vs B.A (PKR/keadilan) .
Di Jitra Fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 5,756 undian untuk 28,331 pemilih yang berdaftar. Pas meletakan calon muslimat(Dr Rohani) yang sama untuk kali ini tetapi BN meletak calon dari UMNO iaitu Datuk Saad Man, sebelum ini(Prof Datuk Dr Othman). Kita boleh lihat disini ada perubahan kerana Dr Othman ini mempunyai banyak kes dalaman dan harus di tukar ke datuk saad ini tetapi Datuk Saad ini juga mempunyai banyak masalah peribadi dan juga keluarga yang tidak selesai lagi yang boleh menggugatnya. Apa boleh buat mereka masih menghantar beliau untuk bertanding juga kerana mungkin pengaruh dia yang kuat di umno jitra. Mengikut culaan melayu sahaja di jitra, keadaan Bn dan Pas adalah 50-50 untuk kemenangan mana-mana pihak. Peratus pengundi di jitra mengikut kaum adalah melayu 95.68%, cina 2.87%, india 1.48% dan lain 0.7%. Kira-kira hampir 5% adalah bukan melayu, sekiranya separuh dari bukan melayu ini menyokong BA, maka ada harapan cerah untuk B.A menang mahupun B.N. Keadaan begitu sengit nampaknya, B.N tergugat lagi apabila tertubuh cawangan Keadilan di Jitra yang diterajui oleh kaum bukan melayu(india) .https://xuitm.wordpress.com/wp-admin/upload.php?action=edit&ID=48
Baru-baru ini apabila DSAI(Dato Seri Anuar Ibrahim) datang ke Jitra dan Bukit Kayu Hitam memang ada gelombang yang berbeza apabila kaum bukan melayu datang untuk mendengar ucapan beliau. Jadi kemenangan di Jitra memang sudah ternampak Nurnya.
Di Dun Bukit Kayu Hitam pula, fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 6,972 undian untuk 24,992 pemilih yang berdaftar. PKR meletakkan calon Che On Yusof tetapi BN meletak calon yang berbeza iaitu Datuk Zaini sebelum ini Khalidah Adibah. Mengikut server yang di buat Khalidah ini memang tidak buat kerja dan hanya membuka bilik kebajikan masyarakat. Bila hendak berurusan banyak masalah dan birokrasi. Dia juga bukan anak jati bukit kayu hitam, mungkin sebab itu dia di keluarkan dan ganti calon baru ini. Mengikut culaan melayu sahaja di bukit kayu hitam adalah 55-45 dan kemenangan untuk BN. Peratus pengundi di bukit kayu hitam mengikut kaum adalah melayu 96%, cina 2.22%, india 1.04% dan lain 0.72%. Kira-kira hampir 4% adalah bukan melayu, sekiranya 75% dari mereka menyokong B.A, kenapa penulis meletak 75% ini kerana colan keadilan sendiri yang bertanding di situ dan penggudi bukan melayu sudah mula berubah kepada keadilan. Jadi kemenangan B.A mungkin akan bersinar di dun bukit kayu hitam sekiranya penggundi atas pagar dan juga bukan melayu memilih B.A.
Sudah pasti akan berlaku perubahaan sejarah pada 8 Mac ini untuk parlimen kubang pasu kerana kedudukan yang senggit di antara kedua-dua dun. Mahu tidak mahu kemungkinan besar B.A akan menang di dun Jitra dan sekali gus mungkin ada perubahan di Parlimen Kubang Pasu ini disebabkan oleh pengundi bukan melayu khusus Cina dimana mereka adalah silent voters dan mereka lebih gemar mempunyai calon BN di dun dan calon B.A di parlimen, Walaubagai mana pun kita tunggu pada tarikh keramat nanti iaitu pada 8 Mac ini, ini adalah analisis awal yang dibuat oleh penulis dan tidak berdasarkan pada penipuan dan juga penyelewangan yang akan dibuat oleh SPR.
Advertisements

Cerita S.B-“Siput Babi” di ambang raya

Bermula cerita yer, apabila meeting malam tu, ramai yang tidak dapat hadir(keunzuran). 32752364_11e363c9ee_m1.jpg32752364_11e363c9ee_m1.jpgHanya 3 orang malam tu, alhamdulillah di tempat tersebut ada talian internet. Kebetulan ku membawa sebuah laptop bersama connection yer yang boleh dipakai, Alhamdulillah bersyukur sungguh aku malam tersebut, dapat menonton secara terus (live) kuliyah magrib Tok Guru Haji Hadi di (www.terengganukini.com), bab perkahwinan. Sewaktu menonton tiba-tiba sahabatku yang dua orang tesebut datang, biasalah sedikit kelewataan tp bukan kerana di 84632661.jpgsenganjakan namun sebab-sebab yang boleh diterima.

Selesai kuliyah tersebut disambung pula ke forum pula sedang mendengar ada seorang datang dengan keadaan tergesa-gesa, mencari su. Pakaiyan seperti seorang Islam(berkupiyah dan berbaju kurta) muka seperti seorang CinA, bermain di fikiran aku dia nie seorang mualaf. Lalu aku dengan baik hati menaya, kerana dia seperti nak balik, “kenapa nak cari SU”. Lalu dia membuka cerita, saya ada seorang Muallaf( India ) menetap di pulau pinang dia ada masalah keluarga sikit, selalu saya bawa mai sini jumpa HjKi dia mesti bagi mualllaf tidur sini. Dia memberi nama kad dia(penggerusi persatuan Muallaf). Kalau hantar pejabat agama, banyak susah. Nanti jadi banyak lagi kes, Muallaf(cina) tersebut memberi tahu bahawa dia dah banyak kali dipanggil oleh polis untuk disiasat berkaitan dengan muallaf.

Dia minta untuk bertumpang teduh di situ, kami pun seperti akur dan kasihan. Bilaku lihat dia untuk pertama kali, kami bertentang mata tetapi hati memberi Isyarat seperti sesuatu yang tidak kena. Namun aku seperti biasa, buat tak tahu kepada panggilan hatiku tersebut. Muallaf tersebut memerhatikan kami dan bertanya kan tentang forum tersebut, nie LIVE ker? Kami hanya mengangguk kepala. Kami meninggalkan muallaf tersebut di situ kerana sudah lewat malam, (malam masih muda tp mata ku sudah tua la… J)

Kami meminta maaf kerana terpaksa tinggal dia di situ, dia kata“saya sudah biasa begini,tak per,tak per saya faham“, jawapan dia seperti sungguh Ikhlas, namun itu dia dengan ALLAH, kita tidak tahu hanya ALLAH yg tahu. Sewaktu hendak balik tersebut ada dua bungkusan plastik lutsinar, ku melihat dengan lebih jelas lagi dan nampak ada baju-bajunya dan juga buku latihan seperti buku tulisan budak-budak sekolah. Dia seperti hendak belajar ISLAM betul-betul, bagus betul muallaf nie.

Setelah seminggu berlalu, muallaf tersebut tinggal di situ. Barulah kami semua sedar, dia merupakan, S.B(polis). Itu pun dari hasil maklumat yang kami terima dari sumber yang boleh dipercayai tetapi malangnya bila kami dapat maklumat tersebut, muallaf(S.B) tersebut sudah tidak berada di situ lagi. Allahamdullilah tiada maklumat yang hilang namun dia dapat tahu juga pergerakkan kami dan mungkin juga mencuri mendengar perbualan-perbualan mesyuarat. Jadi berhati-hatilah bila dah dekat-dekat dengan raya, macam-macam benda yang kita tidak duga boleh berlaku. W;alam