Berhenti Kerja!!! Why?


“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah”
(Al-Baqarah: 172)

aku mula kerja di situ pada hujung bulan 6 2007, hati sungguh gembira kerana dapat bekerja disitu namun bayarannya tidak seberapa tp hatiku gembira memandangkan majikan/bos aku seorang yang menjaga solat. bos aku ini mempunyai 2-3projek dan aku di suruh untuk mengelola suatu projek ini dengan membuat akaun dan menjadi orang rujukkan utama antara main contrekter dan juga client. Bila sebulan dua aku disitu rupanya ada yang tidak kena…

syarikat aku sudah membuat perjanjian sekiranya kami dapat projek ini, sekian-sekian wang komisen hendaklah dibayar kepada orang tertentu(si Z) yang meloby kami. Bayarannya tinggi juga hampir 30% hagra cost/pemasangan bukan untung lagi tetapi bagi bilangan-bilangan yang tertentu. aku masih disitu seperti tidak sedar dgn keadaan tersebut dan seperti redoa dengan tindakan syarikat aku. Bila aku cuba rujuk beberapa ustaz, namun usaha aku itu gagal kerana mungkin tidak bersungguh.

Aku bercerita kepada beberapa orang sahabat dan mereka ada yang menasihati aku. sekarang ini syarikat sudah balik semula modal nya dan si Z sudah ingin komisennya ditambah pula, ini adalah projek diantara 3 org partner yang adik beradik dan meraka juga ingin bahagian mereka sewaktu bersama-sama meloby untuk mendapat projek tersebut membuat partner yang sorang itu tidak puas hati dan menyebabkan dia juga ingin mengaut kentungan dengan menaikan hargo kos. Yang menjadi lebih teruk kepada ku di sanggup memberi sebahagian duit itu kepada aku tetapi dalam masa yang sama aku perlu membuat perubahan di dalam akaun syarikat.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah

  • Menawar/Memberi Rasuah

  • Membuat Tuntutan Palsu

  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

rasuahheader.gifAku rasakan ini sudah ujian peringakat ke-dua dari ALLAh kepada ku kerana pertama majikan aku memberi kepada Si Z dan yang kedua adalah memberi pada aku dan dalam masa yang sama aku akan terima Itulah sebabnya aku ingin berhenti kerana ingin kan rezeki yang baik seperti makna ayat di atas. Aku tidak mahu rezeki ku haram, tidak berkat dan tidak di redoinya.

aku juga telah memberitahu kepada syarikat aku benda ini tidak betul dan tidak kena tapi aku tak cakap ler duit rasuah namun ada yang kata ini mereka yang minta dan ada kata memang tak betul tp nak buat cam maner dan ada yang kata ini sudah akad diantara si Z. Family ku juga tahu namun meraka suruh aku duduk di situ lagi tapi aku sudah tidak sanggup lagi, aku terpaksa memberitahu bos aku sudah dapat kerja di tempat lain namun tidak dapat lagi. Aku sudah tidak tahan lagi, sehingga ada sekeping cek bernilai RM10,000 di suruh masuk ke dalam bank si Z aku lewat-lewatkan dan juga aku buat cek tersebut supaya tidak boleh di clearkan namun aku tidak tahu status cek tersebut sehingga hari ini bagaimanapun aku harap cek tersebut itu tidak clear.

Aku juga bersyukur kerana Allah permudahkan aku jalan keluar dan ikut majikan aku mereka tidak mahu melepaskan namun aku memberi tahu secara jujur,”aku tidak sesuai dalam bidang ini”. Sejenak terfikir panjang bersama-sama sahabat, sekirannya orang yang ada keluarga yang memerlukan wang, hutang kereta, rumah dan sebagainya, sudah pasti mereka menjadi serba salah. aku harap sekirannya aku berada dalam keadaan tersebut moga aku dapat buat keputusan yang di redoiNYA.

Inilah mehnah yang berlaku dalam diri kita apabila kita menongkah arus demi ISLA tercintaM

muaz-xuitm

3 Responses

  1. dok takut apa lagi..AKTIF LA SIKIT DALAM PARTI…LA NI KERAJAAN KEDAH KITA PUNYA..SO JANGAN LA TAKUT …..INGAT …”JANGAN LAH KAMU TAKUT DAN GENTAR KERANA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA”..INSYA ALLAH PERASAAN TAKUT AKAN HILANG

    xuitm: terima kasih di atas komentar, rasanya bukan masalah takut tp masalah lain rasanya, apapun syukran….

  2. salam…tindkn saudara (brhnti kerja) adlh stu tindk yg tepat…apa gunanya keja kt sana tp hati x tnang dgn apa yg brlaku kt sana..rezeki Allah itu luas…yg penting kita berusaha mencarinya…mungkin slps ini ada kerja yg lebih baik n lebih diredhaNyai …setiap yg berlaku ada hikmahnya..ALL THE BEST TO U!

  3. mencabar nyer keje kat situ. Company tu tak besar mana kan? itupun nak main rasuah2. Anyway, muaz macamane sekarang? Tak dapat keje lagi ke? Ni ada keje kosong kat Lembaga ZAKAT Selangor. Cubalah minta. Mana tau ALLAH nak selamatkan dapat kerja kat sini. Boleh le tolong2 orang kat shah alam ni. Ye tak ye jugak…kerajaan negeri Kedah takde keje kosong ke?

    http://www.e-zakat.com.my/baru/kerjaya/iklan_kerjaya2.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: