Bekalan Para du’at


Di mulakan dgn lafaz kesyukuran kepada ALLAH swt serta selawat salam kepada junjungan nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan tabaie dimuliakan oleh ALLAH.

Seinfinity Bersyukur kita pada pada ALLAH swt pencipta alam

yang indah ini, kita dapat berkumpul selama 2-3 hari disini dan pagi ini kita masih hidup lagi selepas mati sebentar pg tadi dan kita masih berada dlm …Nikmat yang paling besar,nikmat Iman dan Islam.

Jadi pagi ini saya bukan orang yang selayaknya untuk memberi pengisian namun ana ambil juga tanggungjawab ini untuk memberi sedikit peringatan ber

sama untuk diri ana dan juga adik2.

Sekarang ini kita sudah berada di hujung program, mesti semua dah gembira dan sedih tapi semua mesti letih, bagaimana kita nak lawan nafsu letih kita. Kita kena ubah mentality,mind setting kita…kena ubah dalam otak kita, kita tidak letih, nafsu semua itu…satu ulamaq ini dia hendak mengajar nafsunya, satu hari dia melihat orang menjual ayam golek, nafsunya

img_1136

terlalu mengidam-idamkan ayam tersebut..lalu dia memasak ayam golek, membakarnya sehingga garing dan dibiarkan sehingga hangus dan hanggit…lepas tu dia, dia katakan pada dirinya(nafsunya) bahawa “makan ler ayam yang kau hendak itu”ayam yang hanggit itu…begitu seorang ulamaq melayan nafsunya..Jadi jangan kita biarkan nafsu kita menggawal diri kita. Memang kita mengantuk kita lawan sikit…kita bersama sahabat2 ini tlg bantu-membantu

Jadi saya permudahkan untuk adik2, siapa menggantuk bagun,berdiri…kita kena berani buat perubahan..Boleh tak adik2? InsyaAllah boleh…Allhamdulillah

Jadi pentunjuk ini amat baik untuk orang mukmin…

img_1155

dpt mengeluarkan bunga yang cantik

“ Petunjuk dan peringatan wahyu Allah s.w.t itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak mendatangkan kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah s.w.t, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh kelembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu yang pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu ”


Mind setting kita kena bersedia…untuk terima peringatan…

 

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

Adik2 yang dirahmati OLEH ALLAH,

Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita,

membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah

tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika

dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk

menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains

ada 2 menjadi kerisaun Nabi kita bila umat nya hubul dunia,cinta dunia dan takut mati

yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat

kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam penjajahan pemikiran

Cth dlm bidan Agama, sistem pendidikan, sukan, TV dan sebagainya…

Meniru GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :

PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa

bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu

kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan

mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik

dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka

menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukumhukumnya.

Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian

atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk

menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam

masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan

tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka

memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku

kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara

ummat Islam seumur hidup mereka.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang

berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang

barat dalam semua aspek – kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum

mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya

mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun

ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan

setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut

semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma),

idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah,

pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.

 

 

KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa “..segala sesuatu yang

datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat

adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai

golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal

sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak

mengetahui. Ini baru mukadimah tazkirah pagi ini…sekarang kita masuk tajuk….

Bekalan Para du’at(Pendakwah)

MUQADDIMAH

Bekalan ini apa? Bekal? Seperti kita nak datang Kembara ke Miri ini, berapa banyak bekal yang kita bawa. Ada yang bawa roti,biskut,buah-buahan dan banyak lg bekalan yang kita bawa. Semua itu untuk kita makan dan minum sepanjang perjalanan kita.

img_1158-2Macam kita naik bus…kena isi minyak…kita nak jalan jauh…manusia kita tak tahu jauh maner kita nak jalan jadi dlm perjalanan tu kita kena bawa bekal…berhenti dimana kita cari bekalan..bekalan di sini ada ilmu…yang tadi tu anology sahaja..perumpamaan sahaja.

Begitu juga para du’at(para pendakwah) atau daie(pendakwah). Dalam perjalanannya dia perlu ada bekalan untuk diri dia dan juga mad;eu(org yg di dakwah) sepanjang jalan dakwah.

Sesebuah Harakah Islamiyah/Jemaah Islamiyah perlu didukungi oleh para da’ie yang berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha dakwah.

Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’I hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini.

Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah:

1)PERSIAPAN ILMU

Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu.

Secara keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi

proses pembentukan jamaah,

pelaksanaan dakwah, tidak semestinya jadi mutjahid@ ustaz2

Sekurang-kurangnya setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan system hidup Islam secara umum,

pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat,

perkembangan politik semasa. Sekurang-kurangnya dia dpt membawa sahabat2 dia bersama-sama Islam@Jemaah..

Demi kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah.

Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh…

Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam dan lain-lain.

2)PERSIAPAN MENTALITI

Di antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana (fatanah) {salah satu sifat Nabi} iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi

dalam mengembangkan fikrah dakwah,

membahagikan tugasan,

menyelesaikan masalah,

mengenalpasti kelemahan,

mencari sasaran,

membuat keputusan dan

mengambil peluang daripada sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya.

Jadi kita kena ada strategi nak buat usrah, cam mana nak tarik antum,antum nie…bukan senang kalau tidak mesti tak datang program kembara nie…

Seseorang da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah Islam atau Jemaah kita.

3)PERSIAPAN JASMANI

“ALLAh lebih mencintai orang mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah”

Setiap da’ie berkewajipan menjagai kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat.

Lantaran itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti kerap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok.

img_1151Ada 2 situasi dimana kita terpaksa dan kita nak buat…mana yang lebih baik?

Ada 2 orang, A dan B… si A nie tidak boleh minum benda manis doktor kata kalau minum terus mati…dia ada kenci manis ler kot

Si B nie pula…dia tak nak minum manis untuk jaga kesihatan dia walhal dia boleh untuk minum tapi dia tak nak minum dgn kehendak dia…

Jadi yang A dan B…kamu nak jadi yang maner? Terpaksa atau dengan kehendak?

Setiap da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.

Imam Hassan Al-Banna-Mujadid(seorang membawa perubahan pada Agama)

Siapa Imam hassan al-banna? merupakan salah sorang pengasas Ikhwanu muslimin di mesir, banyak gerakan di seluruh dunia merujuk kepada Ikhwanu muslimin termasuk di malaysia. Kita nak bincang tentang kekuatan dia…apabila beliau ditembak oleh musuh beliau masa dpt mencari musuhnya dan bunuh kembali…

Penting kita mempunyai badan yang sihat dan kuat-persiapan jasmani

 

4)PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN

Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’ dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah.

Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.

Seseorang da’ie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah

 

Inilah persedian para da;ie ia amat perlu bagi kita…pendakwah, untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Semua yang baik itu dari ALLAH swt dan salah silap itu dari diri ana sendiri yang hina ini.Wabil lahi wataufiq walhidayah wassalamualaikum wrb…

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: