kesan bercinta sebelum berkahwin dan juga UBM antara realiti atau fantasi.


Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan-editedimg_1071

September 18th, 2006 | by Abu Saif | 7,418 Views |  Print |  Email |

 

Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang Fenomena Cinta Anta Anti beberapa bulan yang lalu. Anggaplah artikel saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama…

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“.

Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.

Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

 “Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Walau bagaimana pun, pasti sudah ramai yang telah pun berada di ’situ’. Sudah kenal. Sudah lama kenal.

Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW,

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Inilah sebahagian artikel yang di ambil dari blog us hasrizal @ http://www.saifulislam.com, ana tergerak sungguh hendak menulis artikel ini, iaitu kesan bercinta sebelum berkahwin dan juga UBM antara realiti atau fantasi.img_1161

Ini adalah kes sebenar yang terjadi di kalangan sahabat-sahabat yang sungguhimg_1162 memilukan pada ana…Ia sudah bercinta sebelum berkahwin, ini yang amat bahaya dan dasyat kesannya kepada salah satu pihak jika cinta mereka tidak ke junjung perkahwinan(pelamin). Bercinta memang indah, cinta itu buta bak kata org lama-lama, memang betul tidak di nafikan. Ana pernah lalu semua itu, namun ia akan jadi sempadan buat diri ini. Apa yang berlaku pada kes ana dengar ini, si muslimin itu ditinggalkan oleh muslimat tersebut, atas alasan yang tidak kukuh atau pun macam di bomoh orang…tiba2 minta tangguh perhubungan mereka, hampir 5-6 tahun berkawan. Apa yang terjadi kepada muslimin itu, mencari apa masalah utama namun tidak jumpa…rupanya muslimat itu terjumpa muslimin lain…Allahuakbar, mane tak marah muslimin tu…orang kata apa…sanggup buat apa sahaja(bunuh@bunuh diri), untuk dapatkan muslimat tersebut balik tapi Alhamdulillah atas nasihat sahabat-sahabat dan iman yang ada di diri, benda-benda tersebut tidak berlaku…Sekarang ini muslimin tersebut masih dalam proses penyembuhan dari mehnah cintanya…Ini mungkin cara2 ALLAH membalas balik dosa-dosa yang terpalik sewaktu bercinta dahulu, mungkin ini yang di katakan penggampunan(Kaffarah) kembali dosa-dosa lampau.

Tetapi memang berbeza sungguh muslimin tersebut dari segi pengamatan ana dan dari ceritanya selepas ditinggalkan muslimat tersebut…satu hikmah yang besar, ana seperti gembira pun ada apabila berlaku perkara ini…kerana muslimin ini menjadi lebih alim lagi dari sebelum ini…solat sunatnya,bacaan Al-Quran/Mat’surahnya,gerak kerjanya dan percakapannya memang lebih baik dari sebelumnya dan ada perubahan kepada kebaikan.Penuh hikmah…subahanALLAH…

 

“Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya” – PepatahArab

 

Kes kedua nie ada 2 org sahabat ana, tetapi muslimin ini tidak lah berapa bercinta,namun bercinta juga…kesannya sedikit berbeza dari kes yang pertama, pada mulanya muslimat nie,bila berbicara tentang tunang dan sebagainya ia jadi susah dan berat dan ditangguh-tangguh…selepas itu, ana kata baik anta tanya betul2 kpd dia…nak lg ker tak nak…kalau dia nak lg anta bincang ngn bonda dia, pi umah ker atau sebagainya. Muslimin itu dgn keadaan berani dan tidak, akur jua cadangan ana tersebut…Lepas selang seminggu dua ana dapat berita dari muslimin tersebut ada orang datang masuk minang muslimat tersebut…Muslimin ini meluahkan kepada ana,walaupun bercinta,tak bercinta jer…hati ini terasa juga pedihnya…

“sekirannya kamu bercinta antara kamu kerana manusia

,manusia itu akan merobek hati kamu,

sekiranya kamu bercinta kerana Allah,

nescaya Allah akan satukan hati-hati kamu”

 

Kes ketiga, muslimin nie berjumpa dengan muslimat ini melalui URM(Unit rumah muslimin) kira melalui orang tengah, istiqorahnya dan jaga ikhtilatnya (insyALLAH). Kes yang ini muslimin dan okey, muslimat pun dah okey tapi yang tak okey di sebelah keluarga pula tidak setuju, jadi terpaksa di putuskan perhubungan tersebut setelah beberapa ikhtiar di lakukan. Namun kesan di hati itu ada tetapi mgkn sedikit atau senipis kulit bawang kerana mereka tidak bercinta tetapi berukhwah kerana ALLAH semata-mata.

 

Kita boleh tengok, ada 3 kes@contoh reality yang berlaku di akhir tahun hijrah@ awal tahun hijrah (1429-1430)…KITA boleh pilih jalan maner yang kita hendak kerana memang kita ada pilihan, seumpama kita mengundi dalam pilihan raya. Allah bagi jalan mudah, tapi kalau kita salah pilih ia akan memakan diri kita.Bercintalah selepas berkahwin, jalan paling selamat…

Salah satu ikhtiar untuk hilang kekecewaan(putus cinta) dari Dr Harun Din adalah menggamalkan surah AL-Rad ayah 39(sebahgian ayat sahaja)(Allah menghapuskan apa yang di kehendakiNYa). Letakkan tangan anda didada@dahi dan Baca ayat tersebut, lepas baca genggam tangan dan buat isyarat baling.

Cinta pada bunga

Bunga akan layu,img_1154

Cinta pada manusia,

Manusia akan mati,

Cinta pada ALLAH,

Kekal selama-lamanya….

About these ads

12 Responses

  1. Assalamualaikum..

    Bila terbaca tentang artikel ini, ana rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mengendalikan UBM di kampus. Memang setiap insan ada keinginan untuk bercinta dan di cintai. Sudah menjadi fitrah manusia suka diri disayangi dan menyayangi. Cuma percintaan ini biarlah berlandaskan syariat..tapi bagaimana? maybe itulah persoalan yang terdetik di fikiran, sedangkan kalau terdetik, atau teringat kepada muslimin atau muslimat yang bukan mahram atau tidak halal bagi kita, sudah di katakan maksiat hati..jadi bagaimana hubungan cinta sebelum kahwin perlu dilakukan.Inilah senario kecelaruan di kalangan adik-adik yang hendak berjinak-jinak dengan cinta anta anti. Perkara inilah yang perlu di jelaskan kepada mereka, kalau kat kampus peranan mas’ul/ Ustaz/ah /ajk UBM, perlu turun padang memberi panduan dan penerangan bagaimana hubungan cinta itu perlu berlangsung sebelum termeteri nya akad nikah.Dan ada kah perlu bercinta sebelum berkahwin?.Saya pernah menjadi panel untuk satu forum masa di kampus dulu yang bertajuk “Bercinta sebelum dan selepas kahwin, pro dan kontra” Tajuk ni memang menarik, ramailah siswa siswi yang hadir. Macam2 pndgn dan pendapat dari ahli panel dan penonton.Konklusinya forum itu, ramai yang bersetuju bercinta selepas kahwin lebih manis berbanding sebelum kahwin, kita tidak terikat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangan masing dengan apa cara, dan tidak perlu risau halal haram, atau takut kena serkup oleh jabatan agama dan sebagainya. Namun ana tak nafikan sebelum kita menerima siapa pasangan kita sekurang2nya kita kenal kenal latar belakang dia, akhlak dan keluarganya.Kerana di dalam ISLAM, muslimin dan muslimat di benarkan memilih pasangan masing2 dan biarlah pilihan itu meletakkan agama sebagai keutamaan.Ana bersetuju dengan artikel di atas, yang mana kalau kita merasakan kita tidak boleh lagi memberi komitmen kepada perhubungan yang terjalin, jangan cuba menjalinkan hubungan,bila kita menjalinkan hubungan kita mahu hubungan itu berakhir dengan ikatan yang sah dalam masa terdekat,bagi mengelakkan pelbagai fitnah.Kepada sahabat2 dan adik-adik yang kena tempias atau sedang menjalinkan hubungan cinta, atau akan menjalinkan hubungan mintalah pandangan dan nasihat dari ustaz atau sahabat-sahabat yang berpengalaman. AJK UBM juga perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam membina sesebuah baitul muslim. Ana rasa itu saja pandangan ana,pengalaman mengendalikan UBM mungkin kita akan sentuh pada isu yang akan datang.
    Cuma pesanan ana, sekiranya sebelum kita memilih pasangan kita ,kita meminta pertolongan ALLAH dengan istikharah, bila berdepan dengan masalah dlm perhubungan, mengadulah dengan ALLAH, dan kita kena redha sekiranya ALLAh turunkan ujian semasa hubungan itu berlangsung, kerana mungkin ada cacat cela dalam istikharah kita yang menyebabkan hubungan anta anti kecundang di pertengahan jalan. Jangan menyalahkan takdir, tapi nilailah tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. “Buat renungan ana yang fakir dan kita semua”

  2. syukran for the respond, first respond sejak dah lama ana tak update….

  3. assalamuaaliakom….

    adakah org yg berzina dgn kekasih ttp akan di hukum
    sperti yg sy tau psangan akan berasa syak wasangka…
    dan tiada kebahagiaan jika hidup dgan prasaan prasangka…
    TQ

  4. assalamuaaliakom….

    adakah org yg berzina dgn kekasih ttp akan di hukum
    sperti yg sy tau psangan akan berasa syak wasangka…
    dan tiada kebahagiaan jika hidup dgan prasaan prasangka…
    TQ

  5. ialah itu adalah dari maklumat dari kajian2..memang benar begitu tetapi sekiranya kita dah betul2 bertaubat mgkn ALLAH akan memberi jalan penyelsaian yang kita tak tahu…selalunya lelaki baik akan di beri perempuan baik dan sebaliknya…jadi kena buat perubahan moga2 ALLAH beri kita pasangan yang baik. Prasangka ini atau memang dari cetusan syaitan jadi berhati-hati lah bila kita terasa sesuatu, kita kena banyak berdoa moga ALLAH bg kebahagiaan..w’alam

  6. Salam,

    Sangat bahagia sekali, apabila mmbaca artikel ni..Kebanyakan daripada kita tidak mnjaga batas2 prgaulan semasa brkawan/ cuba untuk mngenali seseorang. Dan ramai yang alpa mngenai zina hati.Apabila hati terlalu mengingati dan mndambakan seseorng jg, blh mngndang zina hati jg..Bagi pndapat anta, apakah cara yang paling sesuai untk mnzahirkan hasrat hati, apbl hati telah redha untk mnerima seseorang berdasarkn pmilihan ketaqwaan trhadap agama? kdg2 hati anti risau sekiranya dia bknlah jodoh yang ditentukan..Sedangkn, prlu untk kita mncari jodoh..Bagi pngalaman anta bagaiman pla?..Walaupn tnpa kata2 @ brdpan dngn nya hati ini tetap berkata, dia adalah yg sesuai dan terpilih, brdasrkn risikan teman2.Prlukh untk diri ana brterus terang tp kdg2 hati ini malu untk brkata2…

    wassalam

  7. wslm…soalan yg baik…
    sekiranya hati dah suka…yang sepatutnya adalah dgn kita berdoa dan istiqorah kepada ALLAH agar keputusan kita itu betul dan tepat…petunjuk Istiqorah nie selalu di kaitkan dgn mimpi..tidak semestinya kita bermimpi nampak wajah nya dan sebagainya..mgkn petunjuk ini datang dgn cara lain…yang pasti semua menjadi mudah dan senang.. step seterusnya dah selesai dgn perkara tersebut..barulah kita mengatakan hasrat di hati dgn menggunakan orang ketiga…

    org ketiga nie mestilah yang kita percayai,baik dan dpt menyimpan rahsia dan kalau boleh dah kahwin tp tak pun tak apa la…..selalunya kita rujuk ustaz@ ustazah lah…kita sampaikan kepada org ketiga dan org ketiga tu sampaikan kepada si dia..bukan sampai terus cam tu..dia kena lah tanya sama ada si dia tu sudah bersedia utk menjalinkan perkenalan…kalau okey barulah buat ta’aruf atau sesi berkenalan..kena bawa org tengah sekali la..bila dah selesai ta’aruf tak semestingya dia terima kita, lepas si dia pula yg buat istiqorah dlm masa yg sama kita pun teruskan berdoa atau istiqorah…

    InsyaALLah pilihan kita akan sama dgn pilihan ALLAH swt, memang nampak compleks sikit tp ingat kita nak buat pemilihan yang terbaik…pastikan kita buat process ini semasa kita sudah bersedia utk berkahwin dlm masa kurang 2 tahun…jgn kita buat awal-awal takut kita terlibat dgn banyaknya zina2 yang halus yg kita tidak sedari…

    yakinlah…Akan ada jodoh utk kita dari NYA…jgn terlalu ikut nafsu…w’alam

  8. Sekarang ana dah tahu, apa yang prlu ana buat…Bila tiba masa, orangnya dan ketika nya, jodoh itu akn smpai jg..Ana hanya kagum dngn dia krn dia mnjga tatasusila sbg ssorng muslim.. tp blm smpi brsedia untk brkhwin..Sbb ad bbrapa prkara yg prlu ana slesaikn trlbh dahulu..

    Ttp, masa tidak prnh brhnti bredar. Jd, ana prlu bwt istikharah untk, mmstikn apa yg ana fkir ini tpat @ pn tdak..

    Tashakkur @ syukran ngn pandangan anta..

  9. afwan…mgkn boleh rujuk dgn sahabat2 lain…wslm

  10. ALLAH answer prayer in 3 way:

    He said YES n give you what do you want
    He said WAIT n give you in their own time
    He said NO n give you something better

    sesungguhnya ALLAH lbh mengetahui apa yang terbaik utk kt…:-)

  11. salam ziarah…
    erm akhi entri kali ni font dye kecik sgt laa
    menybbkn ana t’bantut utk bacenye…
    huhuhu..
    nati xmanfaat plak post ni…mntk akhi edit ckit

  12. syukran…artikel nie..ker atau artikel yg terbaru… IH hi hi hi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: