Gunung serapi/ Kubah National Park


Gunung serapi/ Kubah National Park

KUbah National Park

Aku diminta untuk bawa exco-exco kelab jabatan aku untuk mendaki gunung serapi. Pagi itu seramai 14 org exco lelaki dan perempuan tidak sabar-sabar untuk mendaki gunung tersebut, mereka membuat regangan sedikit dan juga joging untuk memanaskan banda. Mereka bertolak dari jabatan dan bila tiba di kaki bukit gunung serapi, pembayaran di buat dahulu memandangkan ada bayaran yang dikenakan. Ia merupakan hutan simpan dan juga ‘protected area’. Makanan di agihkan supaya setiap pelajar mendapat bahagiannya.

peta ke gunung

laluan

Puncak Gunung

Setelah selesai dibahagi-bahagi, ada sedikit taklimat dari pegawai Kubah National Park, biasalah suruh berhati-hati dan juga jangan kotorkan park ini…ia milik penduduk Sarawak…bukan saya pegawai national park sahaja.

Aku memberi peringatan terakhir sebelum ucapan doa dibacakan oleh salah sorang exco. Peringatan aku, jangan terlalu seronok, nanti mendatangkan masalah, apa yang dipadah, kena jaga, jgn sesuka hati jer padahnya…(padah=bercakap).

waterfail

zoom1

zoom2

zoom3

zoom4

Sampai di persimpangan water fall, kami berehat sebentar di sebuah pondok di persimpangan masuk ke water fall dalam masa yang sama hujun pun lebat juga waktu tu…Kami teruskan perjalanan kali adalah melalui traking/jln masuk hutan. Suasa yang suram di taburi dengan gerimis hujan membuat kami lebih berwaspada.

sbhg trail ke waterfall

Hati aku juga sedikit berdebar, sekiranya muncul tetamu-tetamu yang tidak diundang mungkin berbisa atau berbahaya kepada kami. Sebagai langkah keselamatan, aku mencari alat atau benda sebagai ‘back-up’ untuk menjaga diri dan anak-anak buah yang aku bawa itu. Aku mengambil sebuah dahan yang bersaiz sedang untuk aku bawa bersama-sama, kalau dari bisikkan hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dari peringatan-peringatan yang Allah hantar menggunakan serangga-serangga berterbangan seekor dua kepada aku, membuatkan aku lebih-lebih lagi berhati-hati. Alhamdulillah selamat sampai ke water fall tersebut, hujan turun dengan lebatnya, kami berehat di sebuah pondok dan menjamu selera sementara menunggu hujan reda.

berhenti seketikarelax

Setelah hujan sedikit reda, kami bermandi-manda dan untuk mengelakkan masalah dari segi hukum agama.

waterfall shj

Aku telah memisahkan dua bahagian antara pelajar lelaki dan perempuan  agar tidak menimbulkan sebarang masalah, kami membuat shiff bagi lelaki naik dulu ke water fall dan lepas itu puteri-puteri pula.

Masa sudah pun menunjukkan waktu zohor, jadi kami bersiap-siap dengan mengambil wuduk(air sembahyang). Malang tidak berbau, salah seorang anak buah aku terjatuh…risau juga aku…selamat tak masuk dalam alur sungai yang laju itu…aku suruh budak nie berehat sekejap…tiba-tiba darah mengalir keluar dari kepalanya,Allahuakbar aku tenangkan diri…

‘Pelajar tersebut tanyakan kepada aku, teruk ker ? oh sikit jer aku memberi tahu kepadanya”, supaya dia lebih tenang…padahal tidak tengok lagi luka tersebut… memang tidak teruk sgt cuma kepala apabila terluka memang akan keluar darah yang banyak. Pelajar tersebut kelihatan masih, okey tetapi sedikit mengigil disebabkan kesejukan. Allhamdulillah “first aid kid” di bawa bersama-sama walau pun kurang kelengkapan. Aku memberi rawatan segera menggunakan apa sahaja yang ada.

Selesai ku membalut kepala pelajar yang terluka, fikiran ku masih risaukan pelajar tersebut. Memandangkan dia mampu berdiri dan berjalan sendiri, aku berasa sedikit kelegaan. Kami teruskan persiapan untuk solat, pakaiyan kami yang basah itu tidak menghalang untuk kami bersolat yang penting pakaiyan adalah bersih.

baru nak solat

 Bagi pelajar puteri pula meraka terpaksa pakai pakaiaan solat disebabkan pakaiaan mereka adalah tidak menutup diri mereka dengan baik. Pernah terdengar dari seorang ustaz sepatutnya apa yang dipakai oleh puteri adalah sama seperti pakaiaan solat mereka…jadi bila pakai sesuatu baju…biarlah ia betul-betul tutup aurat bukan tutup badan sahaja atau tutup kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Panduan mencari kiblat, hari hujan tidak dapat merujuk matahari namun kita ada suatu cara lagi selain bawa kompas adalah melihat pada pokok yang mempunyai lumut di sesuatu belah sahaja manakala sebelah lagi tiada lumut. Ini menunjukkan matahari terbit di sebelah yang tiada lumut dan terbenam di sebelah batang pokok yang ada lumut. Jadi arah matahari dapat kita ketahui walaupun tiada sinaran matahari. Arahnya sudah tahu, jadi ia kekanan sedikit dari mengadap arah matahari terbenam. Solatlah kami di atas batu, walaupun tidak rata dan berair, apa yang penting kita kena, solat itulah yang aku cuba tekan kepada pelajar-pelajar ini.

Semua selamat kami pulang dengan riangnya dan melalui jalan yang berbeza dari pelan asal kami disebabkan pelajar yang terjatuh tersebut. Kenalah juga 4 jahitan dikepalanya. Ada pelajar kasut dia terkoyak, terpaksa terima rawatan kecemasan menggunakkan peralatan yang ada dalam first aid kid.

plasterplaster kali kedua

 Saya memaklum dengan pelajar-pelajar kita kena kreatif.

 

Pengalaman ini adalah untuk membentuk pelajar-pelajar agar berdikari, kreatif dan menggutamakan solat tidak kira dimana-mana mereka berada.w’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: