Dari Kuching ke Mukah,Igan,Daro

 

Mendapat pelawaan dari sahabat untuk ke mukah, tidak lama aku berfikir terus membuat keputusan. Terus aku mengiayakan, lalu aku bertanyakan, “bila kita nak pergi?”

gambar hiasan

“Bulan depan,dah orang sik mau gi,kita gi je” dijawab oleh sahabatku.

 

Perjalanan ini bermula dari kuching ke sibu, sepatutnya boleh pergi ke mukah(bukan Mekah tau)terus. Memandangkan tiket kapal terbang penuh jadi kami terpaksa mengambil tiket ke sibu sahaja. Perjalanan kami lebih mencabar kerana jalan dari sibu ke mukah sungguh tidak begitu selesa, sepatutnya perjalanan 3jam akan mengambil masa lebih dari itu. Kalau dihitung mungkin taxi juga tidak mahu menghantar, mungkin masa 4jam dan kosnya hampir RM400 satu hala.

 

Kami memang tidak merancang untuk menggunakan jalan darat tetapi ingin menggunakan jalan air. Sebenarnya kami sudah membuat ‘servey’ bersama-sama adik sahabat yang berada di igan. Dia mencadangkan agar kami menaiki bot laju @ bot ekspress. boat ekspress di jeti/walf

boat ekspress-di jeti

boat ekspress-di jeti

Tiba di jeti tersebut, orang nak jual tiket macam tak nak jual jer. Nak tanya pun tak terkeluar..kami pergi ke tempat penumpang naik boat ekspress. Nampak seorang nie macam boleh dipercayai, dia memberi tahu sebenarnya bukan disini tapi kena keluar dari sini dan ke depan lagi. Salah pula rupanya, kami teruskan ke tempat di tuju. Tempat pun salah boat pun salah, sepatutnya boat laju. Itulah ada lagu, malu bertanya sesat jalan..Kami bukan malu bertanya tetapi orang yang nak ditanya itu tidak berapa sesuai.

Kami tiba di jeti yang lain di depan sikit,

boat laju-lebih kecil

boat laju-lebih kecil

kalau ikut boat laju tu…dia akan bertolak kul 1330, ada lagi hampir sejam. Kami letak barang-barang dan pergi untuk makan tengahhari. Sahabat ku dah biasa dekat situ..jadi kami berjalan kaki untuk mencari kedai Isalam, Alhamdulillah ada. Setelah selesai makan dan kami bergerak balik ker tempat boat tersebut dengan hati yang lebih tenang.

Boat yang tidak perlu pakai ‘life jacket’,

membuat pembayaran kepada anak kapal

membuat pembayaran kepada anak kapal

tenang jer pemandu dan juga temannya. Hati ini agak takut juga, tetapi buat biasa jer..Perjalanan tersebut terasa seperti cerita ‘Rambo’ bila nak pergi cari Rambo di kampungnya. Boat tersebut siap ada audio player menggunakkan CD, canggih juga…

Keadaan lebih cemas bila kami hendak memotong sebuah boat tentera /polis. Boat tersebut lebih besar tetapi kelajuannya agak perlahan sedikit berbanding boat kami. Disebabkan ombak air dihasilkan oleh boat tentera menyebabkan, sedikit adegen yang mencemaskan berlaku apabila pintasan hendak dibuat. Disebabkan kepakaraan pemadu boat tersebut kami berjaya memotong dengan sedikit air tempias masuk dalam boat kami, Alhamdulillah selamat. Perjalanan yang ambil masa hampir 2 setengah jam itu tamat apabila boat kami berhenti di hentian/jeti yang terakhir atau pun di panggil walf pasar/sek(bahasa di situ). Kalau di teruskan perjalanan kami akan sampai ke laut yang memang boleh nampak dengan mata kasar. Kami tiba di igan, sebuah kampung nelayan di muara sungai yang besar.  

Hari kedua kami bermula dengan, perjalanan ke Daro dalam 75 km dari igan. Setelah selesai kerja  kami disitu, kami pulang semula ke Igan dan menuju ke Mukah. Igan ke Mukah dalam masa sejam shj

kena naik boat dari igan ke mukah-dlm 20minit

kena naik boat dari igan ke mukah-dlm 20minit

. Suasa di mukah adalah lebih Islamic berbanding di Kuching, ini mungkin disebabkan masyarakat melanau ramai mengganut agama Islam. Suasa memang berbeza, kedai makanannya, persekitaraannya orangnya memang nampak ketara. Makanan yang paling famous di mukah adalah Umai sejenis ikan yang dimasak@ digaul dengan limau dan diletak bawang dan sebagainya.

di pasar, penjual sdg memotong ikan utk buat umai

di pasar, penjual sdg memotong ikan utk buat umai

Memang nyaman sekali(sedap), ikan

ikan perang utk buat umai

ikan perang utk buat umai

tu dimasak dengan asid limau jangan takut pula ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.

dijual tetapi belum di masuk limau

dijual tetapi belum di masuk limau

Satu lagi menjadi kebangaan masayarakat melanau adalah, sejenis topi yang dipanggil terendak. Topi ini seperti orang cina pakai berbentuk segitiga tetepi design nya sedikit berbeza dan juga lebih cantik. Saya membeli satu untuk kenangan-kenangan dan kalau tengok design bangunan di bahagian atas adalah design topi terendak.

design topi terendak 1
design topi terendak 1

design topi terendak 2design topi terendak 3

 
design topi terendak 3

Ini merupakan tempat Dato’ Taib pemimpin utama PBB dan juga ketua menteri Sarawak.