tahun baru, Isteri baru(baru kahwin la)


Syukur(ALHAMDULILLAH)  pada ALLAh SWT, sekian lama menuggu akhirnya tiba. Aku telah melengkapkan 50% penhidupan aku sebagai Umat Nabi SAW. Aku telah ikut sunahnya, ALLahuakbar, tidak siapa tahu betapa gembira empunnya diri ini melayari hidup sebagai seorang suami. Untuk enteri kali ini aku nak bercerita tentang penggalaman akad Nikah.

Sebelum itu aku nak bercerita tentang kepentingan bercinta selepas berkahwin, memang manis bercinta selepas berkahwin, semanis batang tebu dan bukan semanis gula kerana gula buatan manusia yang sudah dicampuri bahan kimia. Manis tebu dibandingkan dengan gula memang berbeza, tebu memang dicipta oleh ALLAH SWT dan kita hanya menanamnya dan menjaganya. Begitulah juga bezanya bercinta selepas berkahwin dengan sebelum berkahwin. Memang dua-dua manis tetapi yang mana lebih manis sama seperti tebu dan gula tetapi yang lebih manis, ALLAHUAKBAR…begitulah bagi yang bercinta selepas berkahwin dan sebelum berkahwin sudah pasti bercinta selepas berkahwin lebih manis umpama tebu. Ramai yang persoalkan dah tak kenal macam mana hendak berkahwin, Islam bukan tidak bagi untuk kita berkenalan tetapi bukan bercinta, berkenalan pun kena ikut syariat, bukan ikut hati, nanti hanci(hancur).

Aku berkenalan dengan si dia, lebih kurang 6bulan. Lama juga aku mencari, Alhamdulillah berkat hidup berJemaah ada sahabat tolong memperkenalkan aku kepada si dia. Begitulah kami berkenalan hingga pergi ke rumah untuk berjumpa dan semuanya berjalan-lancar. Biasalah dimana-mana ada dugaan tapi ALhamdulillah sampai kami berdua ke majlis akad nikah.

Sebelum malam akad nikah, aku dah minta dengan si dia liriknya, aku terima nikahnya. Dia pun memberi liriknya tetapi sedikit keraguaan, begini liriknya “saya terima nikahnya, nama bakal kita, dengan maskahwinya 22.50 tunai”. Keraguaan pertama, saya sepatutnya aku, yang aku tahu pun kalau buku Ust Hasrizal pun “aku terima nikahnya…

Jadi malam tu, Alhamdulillah diri ini begitu tenang sedikit tak tahu kenapa…ada pula bisikan dari Syaiton “aku nak kahwin ka ni”, ayah n abg disini aku yang terus zikir di dalam hati mereka membuat aku tenang. Sebelum itu ada majlis tunang yang ringkas, dimana diserahkan cincin dan juga duit hantaran manakala barang hantaran diserahkan esok untuk majlis perkahwinan.

Aku disuruh duduk di lokasi untuk di akad nikah, Qadi pun datang menghampiri aku, minta kad pengenalan, maskahwin(rm22.50), surat kebenaran bernikah diluar kawasan dan sebagainya. Imam yang begitu tenang juga membuatkan aku turut tenang. Semua dah selesai, Qadi tersebut bersama-sama wali pihak perempuan pergi berjumpa dengan si dia di belakang bahagian muslimat berjemaah. Qadi berjumpa untuk mendapat persetujuaan dari pihaknya untuk menerima aku. Kemudian dia tanya soalan senang ja…apa syarat nikah? tiba-tiba aku terbeler, alamak..selamat aku ada membaca buku(hidup biar bersyariat tentang asas fardu ain-karang ust Ismail Kamus) waktu perjalanan datang ke kuala lipis. Yang pertama

1)lelaki dan perempuan Islam

2)wali

3)saksi

4)ijab kabul atau akad

 Qadi cuba membantu aku menjawab tiba2 terkaku semasa menjwab dan dalam masa yang sama beliau cuba menerang sedikit-sedikit tentang akad nikah

 Kemudian Qadi tersebut kembali, dia menyuruh saya membaca lirik tersebut. aku pun membacanya, “Saya terima nikahnya” lalu ditegur, Aku terima nikahnya, Baiklah aku cuba sekali lg. “aku terima nikahnya, ros…. dgn maskahwinnya rm22 setengah tunai..” Qadi tegur sekali lagi..”sini kena guna rm22 lima puluh sen”. setelah cubaan terakhir Qadi pun kata okey tapi pesan dari saksi satu nafas…Qadi pun memegang tangan aku, dia kata “sejuk nie, tenang nya” aku senyum sahaja. Beliau memberi pesan bila di sebut nama aku…jawab Ya,

Dalam beliau membaca lirik untuk Qadi nikah, dan menyebut nama aku, aku menjawab Ya..Qadi pun membaca lirik terakhir dan menyuruh aku menyambungnya. Aku nikah dikau dengan Ros…(tak berapa ingat la)

beliau menghentak kan tangan nya menandakan aku kena membaca lirik aku pula…dalam satu nafas,

“Aku terima nikahnya, ros… dengan maskahwinnya rm22.50 tunai”

Qadi menanya kan kepada dua orang saksinya, sah? sahx2, Alahamdulillah Qadi pun menyebut sah, disambut oleh hadirin yang berada di situ

masih sdg di update harap bersabar…  7ptg 2/1/1

2 Responses

  1. salam.. aduhaii.. payah gak no kalu sebut tak kena.. belah kita 50cents – 5 kupang – setengah…
    tak pa…tak pa.. tu baru buah mola.. pasnih dia bagi hat indah belaka laa tu..
    tahniah noo…
    nih dpt zaujah pun ngajaq sana, jgn la sampai tak balik kedah lak nooo…

  2. syukran,,,tq…nak balik tu tak fikir lg nie…InsyaALlah mun ada sebab yg kritikal ja…baru pulang awal..bnyk kerja nak buat kat sini…w’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: