Selangau Mukah- satu perjalanan yg menyeksakan


permulaan perjalanan kwsn sawit

Lama sudah terberhenti tulisan ku ini…Allahamdulillah tumpang cuti gawai n sekolah ini sempat ku menceritakan tentang perjalanan ku kali pertama di jalan yang penuh menyeksakan.

Aku pernah pergi ke mukah sewatu ketika dahulu..tetapi bukan menggunakan jalan darat, jalan air boleh rujuk artikel yang sebelum ini. Biasalah mukah terkenal dgn umai nya dan juga jalan yang sungguh menyeksakan. Jalan bagai ikan yang dihiris untuk buat umai. Untuk pengetahuan pembaca, mukah juga terkenal dengan tempat ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud tetapi pelik jalannya yang panjang lebih kurang 55km tidak dapat disiapkan. Sekiranya tidak dapat siap dalam setahun masih boleh diterima tetapi sudah hampir 5 tahun. Bayangkan tempat ketua menteri, orang paling besar di Sarawak tapi jalannya tidak boleh siap. Tidak tahu lah nak kata apa pada ketua menteri yang tidak bertanggungjawab ini dan juga rakyat Sarawak yang tiada pendedahan ini

jalan berbatu kecil2

Sewaktu kali pertama melapor diri, aku naik bus ke mukah. Jalan sepanjang 55km itu dipanggil jalan ladang. Ia menggambil masa lebih kurang 2 jam untuk menamatkan jalan ladang tersebut.  Goyong-goyang yang melampau malah lebih turuk disebahagian tempat sekali atau dua, aku diterbangkan ke atas siling bus dan jatuh kembali di tempat duduk. Selamat kepala ku tidak terkena siling bus, Alhamdulillah.

Ada lebih kurang 5 fasa untuk menamatkan jalan ladang ini.

FASA 1(10km)(dlm 15-20minit)

gambar tidak berapa jelas di sebabkan jalan tidak elok

Untuk permulaan perjalanan, ada jalan yang baru diturap selepas itu mula jalan lama yang sudah ada lubang-lubang dan disambung pula dgn jalan berbatu-batu kecil dan semakin mencabar, lebih kurang  10km anda akan berjumpa dengan masjid dekat dgn kilang minyak sawit rasanya. Unik sungguh masjid tersebut, ada solat JUmaat tetapi disebabkan tidak cukup orang(dlm 20 org tempatan) dia akan solat Jumaat dahulu dan kemudian akan solat zohor. Itu fakta yang dikeluarkan oleh mufti Sarawak untuk mereka. Allahamdulillah dalam jalan yang mencabar ini ada juga masjid.masjid yg kurang jelas kelihatan, terlepas nak ambil gambar

FASA 2(10km), FASA 3(10km), FASA 4(10km) (dlm 1jam 15 minit)

Fasa 2-4 ini agak mencabar, kadang-kadang  ada jalan raya yang berlubang-lubang besar.  Adakalanya jalan berbatu-batu besar dan ada kalanya berbatu kecil ini menyebabkan sukar untuk di lalui bila berlubang besar dan di merata-rata tempat. Bak kata pepatah “keluar mulut harimau, masuk mulut naga”. Di fasa ini juga ada jalan yang tidak dapat digangu sepanjang 3.3km di sebabkan rundingan dengan orang Iban yang belum selesai.jln 3.3kmjalan 3.3 yang tidak dpt diusikpapan tanda tentang jln sepanjang 3.3 yg belum dpt di runding

FASA 5(15KM) (dlm 30minit)

Fasa ini pada permulaannya hampir sama dengan fasa 2-4 tetapi penghujungnya sedikit selesa dan berturap tar baru.

jln yang menyeksakan itupenghujung jln untuk masuk ke laluan berturap

Sungguh pelik sedik syarikat Naim Cendera (ada link dgn CM) yang mendapat contrak mengguruskan pembinaan jalan merosakkan hampir semua jalan untuk menyiapkan jalan yang baru. Itu yang menjadi tanda tanya kepada semua orang. Nak siap cepat nampaknya dah hampir 5 tahun tidak siap-siap lagi. Satu lagi persoalan di hati, kepada penduduk Sarawak khusus mukah dan balingian tidak sedar diri terhadap apa yang di buat ketua menteri mereka. Jika ditanya kepada orang “educated” semua faham tetapi kepada masyarakat yang tidak “educated” memang susah untuk memahamkan mereka tentang kezaliman yang di buat oleh ketua menteri kepada rakyatnya. Orang Sarawak dah biasa jalan tidak berturap apa yang penting bagi mereka ketua menteri sedang usaha dengan gigih untuk menyiapakan jalan tersebut padahal ketua menteri dan kroni nya bersenang-lenang rakyat menderita.

Jalan tersebut ada kepentingan pihak tertentu sebab dalam perjanlanan tersebut ada lubuk arang batu

lubuk arang batu-ditutup dgn zink birupondok pengawal lubok arang batu

mungkin hendak habiskan arang batu tersebut baru hendak siapkan jalan tersebut sebab takut lori-lori yang mengangkut arang batu rosakkan jalan tersebut. Pelbagai alasan yang diberikan kepada masyarakat tetapi ini sudah melampau bagi orang yang dapat berfikir dengan waras.

 

 

5 Responses

  1. Sik hal seksa didunia seksa sementara jak.

  2. Ustazah, sempat jugak ko kutuk ketua menteri aku ek? sebagai seorang alim dan warak macam ko ni, ko jangan sebarang kutuk sebelum ko tahu apa masalah berlaku sebeno nye di negeri aku ni. semoga ko selamat sejahtera selama berada di bumi kenyalng ni. Syelooom…

  3. terima kasih atas komen adik danny…
    sebenarnya dlm Islam kita boleh menggumpat /kutuk atas sebab2 tertentu seperti pemimpin yang zalim dan lain2 lg sebab.
    Jadi utk persoalan alim tu…saya tak sure lah saya ini alim tp org alim pun boleh menggumpat sekiranya kena pada tempatnya.

    apa yg sebenarnya berlaku di negari adik ini? saya sudah masuk tahun ke-tiga disini..

    w;alam

  4. tahniah kepada ustazah memberi komen kepada projek yg berharga jutaan ringgit……..saya nak tanya pula ustazah…berapa ramai pelajar yg buta alquraan telah dipulihkan oleh ustazah selama 3 tahun berada di bumi kenyalang…….jangan cakap jer pandai…yg saya tau guru agama hanya mencukupkan masa mengajarnya jer…prestasi pelajar x kisah…x caya cuba ustazah tgk balik murid di sekolah …jngan pandai salahkan org jer…….gaji yg diberi kerajaan bukan untuk mengisi perut jer tp perestasi pelajar perlu diutamakan……..tolong jelaskan hukum boleh mengupat dalam islam…hadis mana yg digunakan

  5. Terima kasih memberi komen, dah lama sebenarnya artikel tok di tulis…tp dah d tanya terpaksa mik komen…buta alquraan bukan salah ustazah atau ustaz…sebab ia bawa kafa @jais….dan ibubapa yg tidak hantar anak2 ke prog lps sek…

    Hadis mana tak pasti pula tp memang ada…mik rasa mun kita google ja…mesti jumpa..mun sik jumpa leh komen sitok lg..kelak mik tolong google dgn kita, :)….

    Kenek dah hampir 5 thn mik di bumi kenyalang..Alhamdulillah org sarawak dah boleh berubah sikit…juh selamatkan sarawak prn yg sik lama lg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: