Hari Kelahiran Semula-21/11/2011

Ini lah antara sebab ku masih tidak tidur lg…selepas solat magrib tadi sambil berbual dgn sahabat2, banyak perlu ceritanya…lalu mendapat msg…ada pelajar sekolah nak MURTAD..REVERT…CONVERT…TUKAR AGAMA. ALLAHUAKBAR…sebelum solat Isyak, ku ada bertemu dgn sorang pelajar nie…lalu dia cakap lps tok lah lps solat Isyak kita kelakar panjang…

Rupanya pelajar nie merupakan pelajar(perempuan) tingkatan 3 di mukah, baru hbs PMR…dia sorang pengedar PIL…dia nak keluar ISLAM…tp dia masih ada NUR2 Islam, sebab dia masih confius sama ada mahu ikut Islam atau Kristian. Jadi beberapa org ust ambil inisiatif pergi umah pelajar itu(10mlm)…bercakap dgn emaknya(masuk Islam,sbb berkahwin dgn ayahnya) kemudian emak dia pun menangis lalu bawa jumpa anaknya. Dia minta ust nasihat pelajar tersebut, pelajar ini telah pun memakai rantai yg diberi oleh pihak kereja@pendeta. Utk makluman pelajar ini kata rantai itu tidak boleh dibuang, sebab pendeta itu ada baca2 tp ALHAMDULILLAH berjaya dibuang oleh sahabat kita ini. Rupa2nya pelajar ini bersama-sama rakannya telah dibayar oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendengar dan melihat vidoe tentang agama mereka. Maklumat yang diperolehi, sudah 7 kali buat pertemuaan dan setiap pertemuaan akan dibayar RM200 setiap seorang, pertemuaan dibuat di medan berdekatan dgn medan di UiTM.

Selepas pertemuaan dgn ust hampir kul 12 mlm tadi, ingatkan dah selesai tetapi rupanya dia telah dihasut kembali untuk dibaktiskan pada esok(21/11/2011) sebab ini merupakan tarikh lahirnya dan masa yang paling sesuai utk keluar dari ISLAM selama-lamanya…jadi mohon kita doa,

dua simpang...kiri atau kanan, Islam atau lain

agar akidah pelajar nie masih terselamat…Amin…

dan kita berjaga-jagalah dgn adik2 kita, anak2 kita, pelajar2 kita…

Advertisements

Selangau Mukah- satu perjalanan yg menyeksakan

permulaan perjalanan kwsn sawit

Lama sudah terberhenti tulisan ku ini…Allahamdulillah tumpang cuti gawai n sekolah ini sempat ku menceritakan tentang perjalanan ku kali pertama di jalan yang penuh menyeksakan.

Aku pernah pergi ke mukah sewatu ketika dahulu..tetapi bukan menggunakan jalan darat, jalan air boleh rujuk artikel yang sebelum ini. Biasalah mukah terkenal dgn umai nya dan juga jalan yang sungguh menyeksakan. Jalan bagai ikan yang dihiris untuk buat umai. Untuk pengetahuan pembaca, mukah juga terkenal dengan tempat ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud tetapi pelik jalannya yang panjang lebih kurang 55km tidak dapat disiapkan. Sekiranya tidak dapat siap dalam setahun masih boleh diterima tetapi sudah hampir 5 tahun. Bayangkan tempat ketua menteri, orang paling besar di Sarawak tapi jalannya tidak boleh siap. Tidak tahu lah nak kata apa pada ketua menteri yang tidak bertanggungjawab ini dan juga rakyat Sarawak yang tiada pendedahan ini

jalan berbatu kecil2

Sewaktu kali pertama melapor diri, aku naik bus ke mukah. Jalan sepanjang 55km itu dipanggil jalan ladang. Ia menggambil masa lebih kurang 2 jam untuk menamatkan jalan ladang tersebut.  Goyong-goyang yang melampau malah lebih turuk disebahagian tempat sekali atau dua, aku diterbangkan ke atas siling bus dan jatuh kembali di tempat duduk. Selamat kepala ku tidak terkena siling bus, Alhamdulillah.

Ada lebih kurang 5 fasa untuk menamatkan jalan ladang ini.

FASA 1(10km)(dlm 15-20minit)

gambar tidak berapa jelas di sebabkan jalan tidak elok

Untuk permulaan perjalanan, ada jalan yang baru diturap selepas itu mula jalan lama yang sudah ada lubang-lubang dan disambung pula dgn jalan berbatu-batu kecil dan semakin mencabar, lebih kurang  10km anda akan berjumpa dengan masjid dekat dgn kilang minyak sawit rasanya. Unik sungguh masjid tersebut, ada solat JUmaat tetapi disebabkan tidak cukup orang(dlm 20 org tempatan) dia akan solat Jumaat dahulu dan kemudian akan solat zohor. Itu fakta yang dikeluarkan oleh mufti Sarawak untuk mereka. Allahamdulillah dalam jalan yang mencabar ini ada juga masjid.masjid yg kurang jelas kelihatan, terlepas nak ambil gambar

FASA 2(10km), FASA 3(10km), FASA 4(10km) (dlm 1jam 15 minit)

Fasa 2-4 ini agak mencabar, kadang-kadang  ada jalan raya yang berlubang-lubang besar.  Adakalanya jalan berbatu-batu besar dan ada kalanya berbatu kecil ini menyebabkan sukar untuk di lalui bila berlubang besar dan di merata-rata tempat. Bak kata pepatah “keluar mulut harimau, masuk mulut naga”. Di fasa ini juga ada jalan yang tidak dapat digangu sepanjang 3.3km di sebabkan rundingan dengan orang Iban yang belum selesai.jln 3.3kmjalan 3.3 yang tidak dpt diusikpapan tanda tentang jln sepanjang 3.3 yg belum dpt di runding

FASA 5(15KM) (dlm 30minit)

Fasa ini pada permulaannya hampir sama dengan fasa 2-4 tetapi penghujungnya sedikit selesa dan berturap tar baru.

jln yang menyeksakan itupenghujung jln untuk masuk ke laluan berturap

Sungguh pelik sedik syarikat Naim Cendera (ada link dgn CM) yang mendapat contrak mengguruskan pembinaan jalan merosakkan hampir semua jalan untuk menyiapkan jalan yang baru. Itu yang menjadi tanda tanya kepada semua orang. Nak siap cepat nampaknya dah hampir 5 tahun tidak siap-siap lagi. Satu lagi persoalan di hati, kepada penduduk Sarawak khusus mukah dan balingian tidak sedar diri terhadap apa yang di buat ketua menteri mereka. Jika ditanya kepada orang “educated” semua faham tetapi kepada masyarakat yang tidak “educated” memang susah untuk memahamkan mereka tentang kezaliman yang di buat oleh ketua menteri kepada rakyatnya. Orang Sarawak dah biasa jalan tidak berturap apa yang penting bagi mereka ketua menteri sedang usaha dengan gigih untuk menyiapakan jalan tersebut padahal ketua menteri dan kroni nya bersenang-lenang rakyat menderita.

Jalan tersebut ada kepentingan pihak tertentu sebab dalam perjanlanan tersebut ada lubuk arang batu

lubuk arang batu-ditutup dgn zink birupondok pengawal lubok arang batu

mungkin hendak habiskan arang batu tersebut baru hendak siapkan jalan tersebut sebab takut lori-lori yang mengangkut arang batu rosakkan jalan tersebut. Pelbagai alasan yang diberikan kepada masyarakat tetapi ini sudah melampau bagi orang yang dapat berfikir dengan waras.

 

 

Tandas masjid…kenapa jadi begitu!!!

Tandas masjid…kenapa jadi begitu!!!

 

Tandas berasal dari perkataan, tak sure pula…bukan tanda yer…tetapi tandas tempat kita akan pergi bila kita tandasperlukan dan kita tinggalkan bila kita sudah tidak memerlukannya. Baru ini bersiar-siar sekitar sungai petani,kedah. Jam menunjukkan sudah pukul 1.30pm,sudah masuk waktu zohor, terdengar bunyi seperti memanggil-manggil untuk aku solat. Memandangkan sungai petani merupakan salah suatu tempat mainan aku dahulu, ini kerana aku memang pernah belajar disana suatu ketika dahulu.

masjid yang IndahJadi aku menuju ke sebuah masjid yang bermain-main di fikiran aku. Masjid yang wberdekatan tempat yang ingin aku tujui. Masjid betul-betul terletak di hadapan sekolah…kira ramai juga yang menjadikan masjid itu tempat singgahan…Alhamdulillah ada yang tidak menjadi menjadikan tempat singgahan sahaja, ada yang bersolat tetapi ada yang tidak bersopan dalam kawasan masjid. Semoga mereka mendapat hidayah.

Bila aku tiba, lupanya sudah lewat tidak sempat ku nak solat berjemaah dgn Jemaah yang pertama selepas azan. Namun aku masuk ke dalam masjid tersebut,masih ada lg jemaah yang sedang bersolat zohor selepas Jemaah yang tadi. Setelah selesai solat aku ingat nak pergi ke tandas kerana nanti senang nak berjalan, nanti tandas-tandas awam faham-faham jer… Aku suka berada dalam keadaan berwuduk kerana itu adalah satu amalan, sahabat nabi-Bilal bin Rabbah jadi mudahlah aku menggunakkan tandas disini dan terus ambil wuduk. Sebelum nak masuk tandas, aku terlihat ada notis-sumbangan untuk masjid menggunakkan tandas masjid. Pertama kali aku melihat di masjid, ada papan tanda seumpama itu, terfikir aku…ini masjid kan? Mungkin ini untuk memupuk kita memberi sedekah.

 sumbangan untuk menggunakan TANDAS

Keadaan tandasApabila diri menuju kita tandas tersebut, aku terkejut dengan

hanya ada 2 bilik airkeadaan tandasnya. Beginikah tandas sebuah masjid, terasa sedih sungguh masjid punya besar tandas macam ini. Tandas dalam keadaan yang unsang…Tidaklah terlalu kotor tetapi adalah tidak patut sangat sebuah masjid yang indah mempunyai tandas umpama ini. Ini yang menjadi persoalan di hati, selepas keluar dari tandas aku terlihat tabung derma untuk masjid di bangunan sebelah masjid. Aku mencari lagi maklumat di sekeliling kawasan masjid terlihat notis-notis kuliyah magrib(Ustaz Halim Nasir-penceramah hebat tu).

Jadi siapa yang hendak dipersalahkan, tandas jadi begitu kerana pelajar-pelajar sekolah berdekatan pelajar sekolah di pondok dkt ngn Masjid@pengguna tandas yang lain yang apabila menggunakannya dan tidak menjaga kebersihan atau pun disebabkan penggurusan masjid yang tidak ambil apa-apa tindakan? Inilah persoalan-persoalan yang bermain di fikiranku…Nak kata tak ada duit,masjid selalunya dapat kutipan mingguan waktu hari Jumaat@kat sini tak ada sembahyang Jumaat..Nak kata masjid tak hidup…ada kuliyah-kuliyah,mgkn iklan kuliyah itu adalah di tempat lain..so masjid ini tidak ada pengurusan kot…Ya ALLAH turunkan lah hidayahmu kepada orang kawasan tersebut untuk menjaga rumahmu Ya ALLAH…cuti-cuti Malaysia, di kedah.Au revoir

 

Himpunan AMAN di masjid MUttakin,Jitra Kedah

2/01/09-satu perhimpunan aman telah dilaksanakan untuk menujukkan bantahan terhadapt tindakan Israile (laknaktullah) di bumi palastien.

sekitar tempat demo

sekitar tempat demo

Namun ana sedikit sedih@terkilan kerana ia bukan seperti demo yang di buat seperti di KL, di sini ramai umat Islam di masjid tersebut yang balik terus selepas sahaja selesai solat JUMAAT…dah ler di Kedah,bukan hari bekerja tetapi cuti umum…namun ramai yang macam kerja pula,yang kerja pun mgkn segelintir sahaja. Ada juga yang berkumpul jauh dari tempat himpunan tersebut, lainlah seperti di K.L apabila ada FRU dan polis-polis, mungkin menakutkan orang ramai ini tetapi memang tidak ada langsung ugutan-ugutan seumpama itu. Ini mungkin di sebabkan kali pertama di buat, menyebabkan ramai yang takut atau tidak biasa dengan keadaan himpunan aman @ DEMO. Mungkin akan ada perubahan selepas ini.

sekitar tempat demo2

sekitar tempat demo2

YB berucap2

YB berucap2

sekitar tempat demo3

YB sdng berucap

YB sdng berucap

Ucap tama disampaikan oleh YB Ir Amiruddin (Exco Kerajaan Negeri Kedah) dan juga wakil dari rakyat palestin yang berada di Malaysia.Walaubagaimanapun, taniah kepada pengurusan masjid,jim,abim dan juga sukarelawan pemuda kubang pasu.

 

 

web perkembangan tentera Islam

PROTES sampai TURUN

Jikalau event seperti yang dinyatakan oleh poster di bawah menjadi realiti, demontrasi yang akan dianjurkan oleh PROTES bakal melakar sejarah.

http://kampusnegara.net/

Berhenti Kerja!!! Why?

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah”
(Al-Baqarah: 172)

aku mula kerja di situ pada hujung bulan 6 2007, hati sungguh gembira kerana dapat bekerja disitu namun bayarannya tidak seberapa tp hatiku gembira memandangkan majikan/bos aku seorang yang menjaga solat. bos aku ini mempunyai 2-3projek dan aku di suruh untuk mengelola suatu projek ini dengan membuat akaun dan menjadi orang rujukkan utama antara main contrekter dan juga client. Bila sebulan dua aku disitu rupanya ada yang tidak kena…

syarikat aku sudah membuat perjanjian sekiranya kami dapat projek ini, sekian-sekian wang komisen hendaklah dibayar kepada orang tertentu(si Z) yang meloby kami. Bayarannya tinggi juga hampir 30% hagra cost/pemasangan bukan untung lagi tetapi bagi bilangan-bilangan yang tertentu. aku masih disitu seperti tidak sedar dgn keadaan tersebut dan seperti redoa dengan tindakan syarikat aku. Bila aku cuba rujuk beberapa ustaz, namun usaha aku itu gagal kerana mungkin tidak bersungguh.

Aku bercerita kepada beberapa orang sahabat dan mereka ada yang menasihati aku. sekarang ini syarikat sudah balik semula modal nya dan si Z sudah ingin komisennya ditambah pula, ini adalah projek diantara 3 org partner yang adik beradik dan meraka juga ingin bahagian mereka sewaktu bersama-sama meloby untuk mendapat projek tersebut membuat partner yang sorang itu tidak puas hati dan menyebabkan dia juga ingin mengaut kentungan dengan menaikan hargo kos. Yang menjadi lebih teruk kepada ku di sanggup memberi sebahagian duit itu kepada aku tetapi dalam masa yang sama aku perlu membuat perubahan di dalam akaun syarikat.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah

  • Menawar/Memberi Rasuah

  • Membuat Tuntutan Palsu

  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

rasuahheader.gifAku rasakan ini sudah ujian peringakat ke-dua dari ALLAh kepada ku kerana pertama majikan aku memberi kepada Si Z dan yang kedua adalah memberi pada aku dan dalam masa yang sama aku akan terima Itulah sebabnya aku ingin berhenti kerana ingin kan rezeki yang baik seperti makna ayat di atas. Aku tidak mahu rezeki ku haram, tidak berkat dan tidak di redoinya.

aku juga telah memberitahu kepada syarikat aku benda ini tidak betul dan tidak kena tapi aku tak cakap ler duit rasuah namun ada yang kata ini mereka yang minta dan ada kata memang tak betul tp nak buat cam maner dan ada yang kata ini sudah akad diantara si Z. Family ku juga tahu namun meraka suruh aku duduk di situ lagi tapi aku sudah tidak sanggup lagi, aku terpaksa memberitahu bos aku sudah dapat kerja di tempat lain namun tidak dapat lagi. Aku sudah tidak tahan lagi, sehingga ada sekeping cek bernilai RM10,000 di suruh masuk ke dalam bank si Z aku lewat-lewatkan dan juga aku buat cek tersebut supaya tidak boleh di clearkan namun aku tidak tahu status cek tersebut sehingga hari ini bagaimanapun aku harap cek tersebut itu tidak clear.

Aku juga bersyukur kerana Allah permudahkan aku jalan keluar dan ikut majikan aku mereka tidak mahu melepaskan namun aku memberi tahu secara jujur,”aku tidak sesuai dalam bidang ini”. Sejenak terfikir panjang bersama-sama sahabat, sekirannya orang yang ada keluarga yang memerlukan wang, hutang kereta, rumah dan sebagainya, sudah pasti mereka menjadi serba salah. aku harap sekirannya aku berada dalam keadaan tersebut moga aku dapat buat keputusan yang di redoiNYA.

Inilah mehnah yang berlaku dalam diri kita apabila kita menongkah arus demi ISLA tercintaM

muaz-xuitm

KONVOKESYEN UiTM kali ke 67(14-25.NOV.07)-APA ADA Di dalamnya.

Seperti biasa konvo merupakan impian dan harapan mahasiswa ketika menjejak kaki ke perkarangan universiti.konvo2.jpg

Baru-baru ini aku berpeluang menerima segulung Ijazah di UiTM, Alhamdulillah tamat jua penggajian aku disana. Seperti biasa para graduan di minta untuk datang awal dan berbaris panjang menuju ke dewan seri budiman. Aku lihat ramai yang berpakaiyan sopan (tetapi tidak semestinya menutup aurat) kerana itu yang di minta oleh pihak pengurusan, namun ada juga sebilangan kecil yang berpakaiyan tidak sopan.

Bila aku dan rakan aku sudah mula bergerak masuk ke dewan, keluargaku melambai-lambai kepadaku untuk menangkap gambarku. konvo.jpgSetiba didalam dewan, graduan yang telah disusun terlebih dahulu memenuhi ruang-ruang yang disediakan, nasib badan ler…kalau nama ala2 perempuan maka kita akan kena duduk sebelah perempuan, nama tersebut di susun berdasarkan susunan (ABC). Kerusi-kerusi yang disusun rapat menyebabkan ada di antara graduan berasa tidak selesa kerana duduk bersebelahan dengan bukan mahram.

Ketibaan Pro-Chancel UiTM bersama gerombolannyer, “semua hadiran diminta terus berdiri”ucapan dari pengurusi majlis. Apa yang penulis hendak cuba ketengahkan disini adalah lagu-lagu yang di sampaikan di dalam dewan tersebut setelah selesai setiap bahagian penerimaan Ijazah/Diploma. Sesuatu sidang akan ada waktu berehat atau break dalam masa 10 minit. Pada waktu berehat yang pertama, dimainkan lagu UiTM dan Zapin, ini masih boleh diterima lagi namun ia lebih jadi melampau apabila waktu berehat seterusnya dimainkan lagu dara, teruna dan bermacam-macam lagi yang melambangkan UiTM umpama tiada maruah apabila membiarkan graduan-graduan berhibur sedemikian rupa. Ini bukan taraf sebagai mahasiswa untuk berhibur sedemikian rupa pada hari yang bersejarah ini. Di ketahui umum hampir 90% graduan UiTM adalah Islam, salahkan kita meletakkan lagu-lagu yang menampakan sebagai seorang mahasiswa atau yang berbentuk Islamic, di sini apabila penulis melihat kepada Pro-Canceler UiTM dia umpama tidak bersetuju dengan lagu-lagu tersebut kerana bila lagu-lagu itu berkumandang ia seperti sedih dan hanya tunduk.

Bila tiba pada ucapan beliau, adalah sungguh akademik bercerita tentang terima kasih yang utama kepada IBUBAPA dan bersyukur kepada ALLAH SWT. Antara lain ia menyentuh penting nyer ilmu bila di amalkan bukan disimpan.

Lain pula ucapan dari Naib Cancler UiTM(pada sidang yg lain), Prof Ibrahim Abu Shah, “Apa lagi yang kita nak daripada kerajaan, segala-galanya telah disediakan malah 90% pembiayaan kita belajar kat UiTM adalah ditanggung oleh kerajaan..kita patut berterima kasih dan menyokong kerajaan untuk memperkukuhkan orang Melayu”.Beginikah ucapan seorang akademik, bila lebih bercerita tentang unsur politik pada graduan bukan itu yang kita nak dengar, memang sudah menjadi tanggungjawab ayah kepada anak mendidik anaknyer dan menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat.

Sebagai tambahan kes salam di antara penyampai dan penerima Ijazah/ Diploma ini menjadi pendebatan hangat apabila pihak UiTM hanya dapat keluarkan arahan bagi mahasiswi yang tidak mahu batal air sembahyang yer maka dibenarkan memakai sarung tangan, nampak sangat dengkel nyer pemikiran pihak penggurusan UiTM. Semua sedia maklum hukumnya adalah haram bagi menyentuh bukan mahram tetapi apa boleh buat apabila orang Islam sendiri yang mengubah hukum ALLAH. Ramai graduan yang tidak memakai sarung tangan dan apabila ada graduan tidak salam kepadanya ia marah dan kata , ”dia hormat kepada graduan dan ada graduan tidak hormat pada dia”. Benda-benda ini boleh diperbetul dari awal lagi bukan bila ia sudah terlambat bukan graduan tidak hormat padanya tetapi lebih hormat atau akur pada perintah ALLAH.

Tulisan penulis bukan untuk tidak membenarkan graduan-graduan berkonvo di UiTM tetapi mungkin sebagai persediaan dan kesedaraan kepada sahabat-sahabat moga-moga kita di lindunggi oleh ALLAH dari segala maksiat yang kita akan atau telah lalu didalam konvo. Selamat Berkonvo moga UiTM dapat berrubah…amin

Muazzam mohd

Graduan UiTM,Malaysia

Konvo Ke-67

xuitm.wordpress.com