ahli baru

selepas 10 hari...dah cukur...:)

ALhamduillah, ini merupakan cahaya mata yang pertama, pada 27/09/10

semuanya selamat tapi kena opperation juga, pembukaan yg agak lambat dan juga air ketumban yang mempunyai najis yang pekat menyebabkan terpaksa di operate…

tak apalah janji semua selamat…penat juga ya…melalui masa yang agak menebarkan…

sunat utk cukur bayi dlm masa 7 hari…dan rambut tu di timbang berat perak dan disedahkan kpd fakir miskin…..

skrg tinggal dgn umi dia….aby kerja…

sekarang nie dah nak hampir 30hari umurnya…

Muhammad mujahid/ sehari

ws

tahun baru, Isteri baru(baru kahwin la)

Syukur(ALHAMDULILLAH)  pada ALLAh SWT, sekian lama menuggu akhirnya tiba. Aku telah melengkapkan 50% penhidupan aku sebagai Umat Nabi SAW. Aku telah ikut sunahnya, ALLahuakbar, tidak siapa tahu betapa gembira empunnya diri ini melayari hidup sebagai seorang suami. Untuk enteri kali ini aku nak bercerita tentang penggalaman akad Nikah.

Sebelum itu aku nak bercerita tentang kepentingan bercinta selepas berkahwin, memang manis bercinta selepas berkahwin, semanis batang tebu dan bukan semanis gula kerana gula buatan manusia yang sudah dicampuri bahan kimia. Manis tebu dibandingkan dengan gula memang berbeza, tebu memang dicipta oleh ALLAH SWT dan kita hanya menanamnya dan menjaganya. Begitulah juga bezanya bercinta selepas berkahwin dengan sebelum berkahwin. Memang dua-dua manis tetapi yang mana lebih manis sama seperti tebu dan gula tetapi yang lebih manis, ALLAHUAKBAR…begitulah bagi yang bercinta selepas berkahwin dan sebelum berkahwin sudah pasti bercinta selepas berkahwin lebih manis umpama tebu. Ramai yang persoalkan dah tak kenal macam mana hendak berkahwin, Islam bukan tidak bagi untuk kita berkenalan tetapi bukan bercinta, berkenalan pun kena ikut syariat, bukan ikut hati, nanti hanci(hancur).

Aku berkenalan dengan si dia, lebih kurang 6bulan. Lama juga aku mencari, Alhamdulillah berkat hidup berJemaah ada sahabat tolong memperkenalkan aku kepada si dia. Begitulah kami berkenalan hingga pergi ke rumah untuk berjumpa dan semuanya berjalan-lancar. Biasalah dimana-mana ada dugaan tapi ALhamdulillah sampai kami berdua ke majlis akad nikah.

Sebelum malam akad nikah, aku dah minta dengan si dia liriknya, aku terima nikahnya. Dia pun memberi liriknya tetapi sedikit keraguaan, begini liriknya “saya terima nikahnya, nama bakal kita, dengan maskahwinya 22.50 tunai”. Keraguaan pertama, saya sepatutnya aku, yang aku tahu pun kalau buku Ust Hasrizal pun “aku terima nikahnya…

Jadi malam tu, Alhamdulillah diri ini begitu tenang sedikit tak tahu kenapa…ada pula bisikan dari Syaiton “aku nak kahwin ka ni”, ayah n abg disini aku yang terus zikir di dalam hati mereka membuat aku tenang. Sebelum itu ada majlis tunang yang ringkas, dimana diserahkan cincin dan juga duit hantaran manakala barang hantaran diserahkan esok untuk majlis perkahwinan.

Aku disuruh duduk di lokasi untuk di akad nikah, Qadi pun datang menghampiri aku, minta kad pengenalan, maskahwin(rm22.50), surat kebenaran bernikah diluar kawasan dan sebagainya. Imam yang begitu tenang juga membuatkan aku turut tenang. Semua dah selesai, Qadi tersebut bersama-sama wali pihak perempuan pergi berjumpa dengan si dia di belakang bahagian muslimat berjemaah. Qadi berjumpa untuk mendapat persetujuaan dari pihaknya untuk menerima aku. Kemudian dia tanya soalan senang ja…apa syarat nikah? tiba-tiba aku terbeler, alamak..selamat aku ada membaca buku(hidup biar bersyariat tentang asas fardu ain-karang ust Ismail Kamus) waktu perjalanan datang ke kuala lipis. Yang pertama

1)lelaki dan perempuan Islam

2)wali

3)saksi

4)ijab kabul atau akad

 Qadi cuba membantu aku menjawab tiba2 terkaku semasa menjwab dan dalam masa yang sama beliau cuba menerang sedikit-sedikit tentang akad nikah

 Kemudian Qadi tersebut kembali, dia menyuruh saya membaca lirik tersebut. aku pun membacanya, “Saya terima nikahnya” lalu ditegur, Aku terima nikahnya, Baiklah aku cuba sekali lg. “aku terima nikahnya, ros…. dgn maskahwinnya rm22 setengah tunai..” Qadi tegur sekali lagi..”sini kena guna rm22 lima puluh sen”. setelah cubaan terakhir Qadi pun kata okey tapi pesan dari saksi satu nafas…Qadi pun memegang tangan aku, dia kata “sejuk nie, tenang nya” aku senyum sahaja. Beliau memberi pesan bila di sebut nama aku…jawab Ya,

Dalam beliau membaca lirik untuk Qadi nikah, dan menyebut nama aku, aku menjawab Ya..Qadi pun membaca lirik terakhir dan menyuruh aku menyambungnya. Aku nikah dikau dengan Ros…(tak berapa ingat la)

beliau menghentak kan tangan nya menandakan aku kena membaca lirik aku pula…dalam satu nafas,

“Aku terima nikahnya, ros… dengan maskahwinnya rm22.50 tunai”

Qadi menanya kan kepada dua orang saksinya, sah? sahx2, Alahamdulillah Qadi pun menyebut sah, disambut oleh hadirin yang berada di situ

masih sdg di update harap bersabar…  7ptg 2/1/1

Sedar tidak sedar-RAMADAN :(

Sedar tidak sedar…kita sudah berada di fasa yang ke-3 ramadah karim…baru nie buat iftar….tiba-tiba sahabat cakap…sekarang dah masuk fasa ke-3…ana cakap…belum lg…anta nie dah ketinggalan….Ya Allah biar betul…ramadan dah nak tinggal kan kita dah…apa lah amalam yang kita buat..

bersiar2 buang masa

sibuk dgn nak makan apa waktu sahur dan berbuka…sembang2 sampai lewat malam…subuh terlepas..sebab nak kan sahur ja…

Siyam, Qiyamulai dan Iktiqaf…3 benda yang nabi buat terutama dlm fasa ke-3…Allahuakbar…

Siyam=puasa dah okey kot…mgkn kena tinggalkan maksiat-maksiat @ perkara sia-sia lg kot yg secara tak sengaja dan tidak sengaja…benda sia-sia  nie senang ja…rasa2 kita buat sesuatu  tu tak ada sumbangan utk Islam tu kira sia-sia la…

Program Qiamulai=beribadat pada malam hari & Iktiqaf=berehat di rumah ALLAh, dianjurkan disana sini tetapi tidak memberi kesan langsung kepada kita.

Hadith Rasulullah saw:

                “daripada Aisyah r.ah, bahawa Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh akhir ramadan hingga diwafatkannya oleh ALLAH SWT. Kemudian diteruskan iktikaf itu oleh para isteri baginda”

 Ada kitab mengatakan Qiamulai bermula dari tarawikh… Bila sebut Qiam ja..beribu-ribu alasan yang diberi…ana pergi masjid sini sheikh…ana qiam dengan zaujah, jauh la dan ada yang berdiam diri. Alasan jauh nie, kadang-kadang dgr marah juga…pergi kerja jauh boleh tp nak pergi rumah ALLAH cukup susah, kenapa ya?

Imam Malik ra berkata maksudnya:

“sesungguhnya kebanyakan mereka meninggalkan sunah iktikaf itu adalah kerana amalam itu berhajat kepada kesungguhan yang sangat kuat”

Tetapi lebih malang lagi bg yang tinggal berdekatan dengan masjid pula, pun tak dapat nak sampai. Pelik tetapi benar…Minta datang untuk bulan ramadan nie sahaja dan dah fasa ke-3 sekarang nie. Setara bulan ramadan pun tak dapat hadir nak tunggu bulan bila lagi…sementara dikatakan bulan ini syaitan dan jin diikat..yang tinggal nafsu kita sahaja. Nak tunggu ramadan yang akan datang kot baru nak buat…

pergi tak kembali

pergi tak kembalipergi tak kembali2

Andai kau tahu..bak kata lagu kumpulan apa tah…kita tahu ker bila ALLAh akan panggil, jemput  kita ke alam yang lain.

Keluhan Ibnu Shihab al-Zuhriy yang berkata maksudnya:

“Hairan sekali keadaan orang-orang Islam, mereka sanggup tidak beriktikaf(sepuluh akhir ramadan), sedangkan Nabi saw tidak pernah meninggalkan iktikaf seja baginda datang ke Madinah al-Munawaarah sehinggalah ALLAH SWT mewafatkannya”

mengambil air kelapa biar sampai dpt hasilnya

Dalam satu perjalanan permaianan ada permulaan dan ada penamat sebagai contoh lumba lari 30km…macam biasa semua akan bersedia dan bersemangat pada permulaan dan bila hampir ke garisan penamat mestilah lebih bersemangat ingin menuju kejayaan atau kemenangan begitu lah pada mula ramadan memang kita bersemangat umpama dalam permulaan permainan tetapi bila sampai di hujung ramadan kita sudah tidak bersemangat dan kadang kita tidak ikut peraturan-peraturan Ramadan sebab kita sudah fikir untuk raya atau syawal.

pusat membeli belah

Malah yang lebih teruk lagi kita tidak sampai penghujung ramadan sebab banyak peraturan-peraturan wajib ramadan kita tidak ikuti. Maka sia-sia lah permainan tersebut sekirannya kita tidak tamat, walaupun kita kalah tidak dapat tempat yang pertama yang penting kita tamat permainan tersesbut..begitu juga ramadan mgkn kita letih,sibuk nak membeli jualan murah siapkan kuih-kuih raya sehingga kita diibaratkan tidak menghabiskan ramadan kita hingga ke penghujung ramadan. Sekiranya ada keunzuran dan tidak boleh melaksanakan untuk 10 ramdan yang terakhir, tidak boleh buat semua jangan pula tinggal semua…salam kemaafan kepada semua..

www.xuitm.wordpress.com

Satu Kematian Yg begitu Dekat

 

Buat rakan2 pejabat yang dikasihi

Sedar ataupun tidak, usia kita semakin hari semakin PENDEK. Adakalanya lebih PENDEK daripada seluar PENDEK yang kita pakai.

Belumpun sampai setengah tahun berlalu, telah pergi beberapa orang insan yang kita kenali (mungkin juga tidak).  Bukan itu yang menjadi persoalan.  Soalnya …. Adakah kita yakin bahawa usia kita akan bertahan lama selama seratus tahun ataupun hampir sama usia dengan nabi kita Muhammad S.A.W. 63 tahun.  Arwah yang pertama pergi dalam usia 50 tahun lebih, yang kedua pelajar yang baru awal 20an dan yang terbaru malam semalam, detik 9.54 malam (21/04-selasa) pergi lagi seorang pelajar dalam usia awal 20 tahun.  Alhamdulillah, dari pandangan zahir insan yang hina ini melihat ketiga tiganya pergi dalam keadaan yang baik.

 

kafankankafan2proses mengkafan

 

Mungkin kita tak sedar keadaan ini kerana kita tak pernah mengambil pengajaran daripada kematian yang berlaku di depan mata.  Kita selesa dan tidak merasa ancaman atau diancam dengan peringatan ALLAH s.w.t.  dan kerna itu kita sewenang wenangnya tanpa rasa segan silu dan rasa bersalah melanggar dan menidakkan hukum ALLAH s.w.t.

 

Rakan-rakan yang dikasihi,

 

Mengapa kita lebih rela mengorbankan AGAMA kita dengan seluar PENDEK untuk sekadar bermain di padang.    Sanggup kita berlengan pendek mendedahkan lengan putih melepak kita kepada yang bukan mahram kita hanya sekadar bermain peringkat politeknik saja, Waima di peringkat dunia sekalipun… adakah ianya sukar bagi kita mempertahankan suatu hukum yang amat mudah diikuti.

 bersukan tidak salah...

Kita tak merasakan ancaman ALLAH sebab ia tak ditunjukkan depan mata … NAK CUBA …. Macam mana rasa dan sanggup kah kita menahannya …. Tak perlu susah2 … minta puntung rokok pada sesiapa yang tengah merokok … cucuh kan di peha atau lengan kita …. BOLEH TAHAN !!!!  kalu tak boleh tahan, masakan kita dapat menahan api akhirat yang telah disejukkan ALLAH s.w.t. sebanyak berpuluh kali … KALAU BOLEH TAHAN …. CUBALAH ingkari lagi perintah ALLAH … KALAU BERANI !!!!

 

INGAT, KITA TAK TAHU BILA KITA AKAN MATI ….. TETAPI KITA PERLU BERSEDIA UNTUK MATI …. DAH BERSEDIAKAH KITA??!!

 cricketprayer solat

Sekadar peringatan buat insan hina yang telah menghadapi dan mengambil iktibar dari tiga kematian.

 

Pesan Nabi S.A.W

“orang yang cemerlang ialah orang yang banyak mengingati mati”

 siap dibalut dgn plastik cover lg....dimasukkan dlm keranda utk diterbangkan ke semenanjung

Maaf atas segala kekurangan, mudahan ada manfaatnya.

 

Ini bukan tulisan ana tp sahabat ana, beliau telah email kepada pada semua staff hampir 400 org staf disitu…suatu tindakkan yang berani dan berkhidmah bg ana..ALLAHUAKBAR>katakan benar walaupun pahit….

azab-azab

azab-azab

Perkahwinan antara Permintaan Emak & Ayah atau Permintaan ALLAH SWT

 

Alhamdulillah selamat sampai di semenanjung, setelah selesai berkursus. Ana berhasrat untuk ke KT(Kuala Terengganu). Ada 2 orang sahabat yang ingin pulang ke KT dan dalam masa yang sama ada juga sahabat yang sanggup menerima ana di rumahnya.

gambar di KG sahabat KT

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

 

 

 

 

Niat aku satu sahaja, untuk pergi kenduri sahabat, tapi ada 2 orang sahabat yang kenduri pada tarikh yang sama di KT. Memandang sahabat yang ana menumpang rumah adalah di KT jadi ana hanya dapat pergi kenduri  sahabat KT sahaja. Maaf sahabat seorang lagi, ana tidak dapat hadir, semoga di permudahkan segala urusan anta.

gambar hiasan

gambar hiasan

 

 

 

 

Bila sebut bab kenduri yang bermain di fikiran kita adalah soal duit, majlis dan lain-lain lagi…tetapi apa kita perlu fikir juga bagaimana kita hendak menguruskan perkahwinan kita supaya ia mengikut cara yang ALLAH hendak dan bukan cara adat atau cara keluaraga yang mana selalunya akan membawa kearah melanggar peraturan ALLAH swt.

Bersanding yang pertama, yang selalui diperbincangan hangat, dimana yang tidak betul di mana yang di bolehkan semua kena belajar bukan main ikut permintaan keluarga sahaja.Sekirannya bersanding untuk keluarga sahaja dibenarkan tetapi bila dah main renjis-renjis lepas tu lempar beras itu dan jadi tidak betul, ikut adat hindu menyababkan kita mendapat dosa..dan pening-pening tu baik tak yah buat bersanding.

susah juga bila panggil org besar nie2

susah juga bila panggil org besar nie2

 

 

 

 

Pakaiyan penggantin yang berlebih-lebihan menarik perhatian orang. Baju pengantin yang terlalul jarang, sampai anak tudung pun Nampak, lengan sehingga nampak warna kulit. Selalunya sebelah perempuan/wanita, ini yang biasa memakai tudung yang labuh…bila majlis perkahwinan tudung menjadi singkat, Kenapa? Adakah aurat kita berbeza-beza bila ada majlis atau kita terpaksa ikut emak dan ayah dari ikut ALLAH SWT…

 Mekap atau Tabaruj yang berlebih-lebihan, mekap berlebih-lebihan adalah haram. Disebabkan permintaan keluarga kadang-kadang muslimat ini membiarkan mekap dia tetapi kerana Iman di hati kadang-kadang muslimat ini terpaksa membuang sendiri mekapnya atau menipiskan supaya dirinya tidak terjebak dengan dosa-dosa.

gambar hiasan2

gambar hiasan2

 

 

 

Bila dah mekap satu hal, bila nak solat satu hal. Di sebabkan mekap kita tidak dapat solat dan melewatkan solat. Kalau solat nanti habis ler mekap bila kita ambil air sebahyang/wuduq. Jadi bagaimana kita nak solat, Jamaq atau solat hormati waktu. Berbagai-bagai persoalan akan keluar, nak jamaq tak boleh daruratkah kita sekarang nie? kita kena bijak membuat keputusan, memang senang kita bercakap bila kita tidak kena situasi begitu. Sekurang-kurangnya kita member nasihat agar di permudahkan penggantin tersebut dapat membuat keputusan yang terbaik. Solat lewat disebabkan sebab-sebab tertentu(tertidur,gila, belajar, dsb) memang dibenarkan tetapi sekiranya segaja…lu fikir ler sendiri( bak kata NABIL-raja lawak)

gambar hiasan 3

gambar hiasan 3

 

 

 

Inilah beberapa persoalan yang kita kena bincang dengan keluarga kita supaya ia tidak menjadi permasalahan pada hari raja sehari. Benda-benda ini kita kena bincang awal bersama pasangan kita dan juga bersama ayah dan bonda atau ayah dan emak mertua supaya kes-kes umpama di atas tidak menjadi kebingugan kepada kita. Ia adalah majlis kita tetapi kenapa menjadi seumpama itu. Kadang bila dah jadi macam itu, kita nak jumpa sahabat pun malu bila pada tarikh keramat tersebut. Semoga bila ALLAH tanya kita, kita sudah ada usaha kearah tersebut walaupun tidak Berjaya. Semoga dipermudakan untuk lebih baik…w;alam

Himpunan AMAN di masjid MUttakin,Jitra Kedah

2/01/09-satu perhimpunan aman telah dilaksanakan untuk menujukkan bantahan terhadapt tindakan Israile (laknaktullah) di bumi palastien.

sekitar tempat demo

sekitar tempat demo

Namun ana sedikit sedih@terkilan kerana ia bukan seperti demo yang di buat seperti di KL, di sini ramai umat Islam di masjid tersebut yang balik terus selepas sahaja selesai solat JUMAAT…dah ler di Kedah,bukan hari bekerja tetapi cuti umum…namun ramai yang macam kerja pula,yang kerja pun mgkn segelintir sahaja. Ada juga yang berkumpul jauh dari tempat himpunan tersebut, lainlah seperti di K.L apabila ada FRU dan polis-polis, mungkin menakutkan orang ramai ini tetapi memang tidak ada langsung ugutan-ugutan seumpama itu. Ini mungkin di sebabkan kali pertama di buat, menyebabkan ramai yang takut atau tidak biasa dengan keadaan himpunan aman @ DEMO. Mungkin akan ada perubahan selepas ini.

sekitar tempat demo2

sekitar tempat demo2

YB berucap2

YB berucap2

sekitar tempat demo3

YB sdng berucap

YB sdng berucap

Ucap tama disampaikan oleh YB Ir Amiruddin (Exco Kerajaan Negeri Kedah) dan juga wakil dari rakyat palestin yang berada di Malaysia.Walaubagaimanapun, taniah kepada pengurusan masjid,jim,abim dan juga sukarelawan pemuda kubang pasu.

 

 

web perkembangan tentera Islam

Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS

4/4/08-merupakan satu tarikh keramat kepada Pas Pemuda Kubang Pasu bila berjaya menggumpulkan melebihi seratus orang pemuda untuk menjadi sukarelawan di bawah Pemuda Pas Kubang Pasu dan sekali gus menjadi mata dan telinga kepada pimpinan negeri khususnya.

Antara objektife penubuhan adalah untuk merapakan hubungan antara pemuda-pemuda untuk membuat satu gerak kerja yang lebih sistematik dan juga professional.

Majlis tersebut dihadiri oleh ketua pemuda kubang pasu dan wakil dari kawasan kubang pasu. Majlis disempurnahkan oleh YB. Ust. AHMAD IZZAT SHAUKI(adun bukit lada) dan juga merupakan wakil dewan pemuda pas negari kedah. Antara lain yang di sentuh oleh YB adalah perjuagan kita, tidak sama dengan umno. Sifir umno adalah, tabur duit program jalan(itu pun kadang tidak jalan) tapi kita Pas lain. Kita berada dalam perjuangan/Pas adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT, itu kita punya matlamat utama. Beliau memberi contoh, kita datang program malam ini juga dapat pahala(tidur datang program pun dapat pahala) tetapi matlamat kita kena jelas untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Dari maklumat yang diperolehi dari ketua pemuda, (Ust YusofAhmad) beliau yakin satu berubahan yang besar akan berlaku, selepas kemenangan yang tidak di duga di negeri Kedah khususnya di Kubang Pasu. Walaupun kubang pasu tidak berjaya di tawan oleh pakatan rakyat namun kesan dari momentem pilihan raya ke-12 dan sekiranya pemuda kita Istiqomah seperti malam ini, kita tunggu pada tahun yang akan datang iaitu 2013, InsyaAllah Kubang Pasu jadi milik kita. Itulah kata-kata dari beliau yang penuh bersemangat.

http://dppkubang-pasu.blogspot.com/2008/04/himpunan-sukarelawan-pemuda-pas.html