Perkahwinan antara Permintaan Emak & Ayah atau Permintaan ALLAH SWT

 

Alhamdulillah selamat sampai di semenanjung, setelah selesai berkursus. Ana berhasrat untuk ke KT(Kuala Terengganu). Ada 2 orang sahabat yang ingin pulang ke KT dan dalam masa yang sama ada juga sahabat yang sanggup menerima ana di rumahnya.

gambar di KG sahabat KT

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

tempat tidur yg istemewa untuk tetamu

 

 

 

 

Niat aku satu sahaja, untuk pergi kenduri sahabat, tapi ada 2 orang sahabat yang kenduri pada tarikh yang sama di KT. Memandang sahabat yang ana menumpang rumah adalah di KT jadi ana hanya dapat pergi kenduri  sahabat KT sahaja. Maaf sahabat seorang lagi, ana tidak dapat hadir, semoga di permudahkan segala urusan anta.

gambar hiasan

gambar hiasan

 

 

 

 

Bila sebut bab kenduri yang bermain di fikiran kita adalah soal duit, majlis dan lain-lain lagi…tetapi apa kita perlu fikir juga bagaimana kita hendak menguruskan perkahwinan kita supaya ia mengikut cara yang ALLAH hendak dan bukan cara adat atau cara keluaraga yang mana selalunya akan membawa kearah melanggar peraturan ALLAH swt.

Bersanding yang pertama, yang selalui diperbincangan hangat, dimana yang tidak betul di mana yang di bolehkan semua kena belajar bukan main ikut permintaan keluarga sahaja.Sekirannya bersanding untuk keluarga sahaja dibenarkan tetapi bila dah main renjis-renjis lepas tu lempar beras itu dan jadi tidak betul, ikut adat hindu menyababkan kita mendapat dosa..dan pening-pening tu baik tak yah buat bersanding.

susah juga bila panggil org besar nie2

susah juga bila panggil org besar nie2

 

 

 

 

Pakaiyan penggantin yang berlebih-lebihan menarik perhatian orang. Baju pengantin yang terlalul jarang, sampai anak tudung pun Nampak, lengan sehingga nampak warna kulit. Selalunya sebelah perempuan/wanita, ini yang biasa memakai tudung yang labuh…bila majlis perkahwinan tudung menjadi singkat, Kenapa? Adakah aurat kita berbeza-beza bila ada majlis atau kita terpaksa ikut emak dan ayah dari ikut ALLAH SWT…

 Mekap atau Tabaruj yang berlebih-lebihan, mekap berlebih-lebihan adalah haram. Disebabkan permintaan keluarga kadang-kadang muslimat ini membiarkan mekap dia tetapi kerana Iman di hati kadang-kadang muslimat ini terpaksa membuang sendiri mekapnya atau menipiskan supaya dirinya tidak terjebak dengan dosa-dosa.

gambar hiasan2

gambar hiasan2

 

 

 

Bila dah mekap satu hal, bila nak solat satu hal. Di sebabkan mekap kita tidak dapat solat dan melewatkan solat. Kalau solat nanti habis ler mekap bila kita ambil air sebahyang/wuduq. Jadi bagaimana kita nak solat, Jamaq atau solat hormati waktu. Berbagai-bagai persoalan akan keluar, nak jamaq tak boleh daruratkah kita sekarang nie? kita kena bijak membuat keputusan, memang senang kita bercakap bila kita tidak kena situasi begitu. Sekurang-kurangnya kita member nasihat agar di permudahkan penggantin tersebut dapat membuat keputusan yang terbaik. Solat lewat disebabkan sebab-sebab tertentu(tertidur,gila, belajar, dsb) memang dibenarkan tetapi sekiranya segaja…lu fikir ler sendiri( bak kata NABIL-raja lawak)

gambar hiasan 3

gambar hiasan 3

 

 

 

Inilah beberapa persoalan yang kita kena bincang dengan keluarga kita supaya ia tidak menjadi permasalahan pada hari raja sehari. Benda-benda ini kita kena bincang awal bersama pasangan kita dan juga bersama ayah dan bonda atau ayah dan emak mertua supaya kes-kes umpama di atas tidak menjadi kebingugan kepada kita. Ia adalah majlis kita tetapi kenapa menjadi seumpama itu. Kadang bila dah jadi macam itu, kita nak jumpa sahabat pun malu bila pada tarikh keramat tersebut. Semoga bila ALLAH tanya kita, kita sudah ada usaha kearah tersebut walaupun tidak Berjaya. Semoga dipermudakan untuk lebih baik…w;alam