AGI-are you registed,if not pls leave your email and about your self.For members only

pls respond tq

salam aidul fitri….

salam eidul fitri…dah lama nya nampak nya saya tak menulis…hampir satu tahun dah usia blog saya ini…moga ALlah permudahkan tu saya menulis…seperti kata2 ust hasrizal@ saifulislam.com lebih ingin memberi utk memberi mahu….entah apa2 lagi…tak ingat pula…buka blog ust tak keluar pula…biar ler…tp yg penting yg memberi lebih baik dari yang menerima…

bila tika di hari raya nie…ramai yg bersalam-salaman ramai yang berpeluk-pelukkan tapi bagaimana dengan cara kita bersalaman yang betul

“Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah.” [Riwayat Abu Dawood]

bagaimana nak dosa-dosa hendak di ampun…orang yang menghulur dan menyambut seperti tidak mahu menerima atau memberi. Sebaik-baiknya pandang lah mata orang yang hendak kita bersalaman dan salam lah menggunakkan kedua-dua belah tangan dan juga sedikit senyuman.

marilah kita bermaaf-maafan sebaik-baiknya di bulan yang mulai nie…w’alam

Selamat Hari Guru

Aku bermula dengan kerjaya sebagai guru di sek ren jitra, namun hanya 7 hari aku berada disana. Walaupun 7 hari ia sungguh bermakna bagi ku. Aku terpaksa berhenti, aku menghantar surat notis letak jawatan dalam masa 24 jam sebagai guru ganti.

Hari yang ke-tujuh itu mungkin merupakan hari yang menyedihkan dan juga mengembirakan, kira sedih dalam gembira atau gembira dalam sedih. Hari terakhir tersebutku tidak kecoh-kecoh tentang pemberhentian tersebut. Pagi tu ku berjumpa dengan guru kanan sekolah tersebut, dia mengucapkan taniah dan beliau menyuruh aku terus berhubung dengan guru besar sekolah.

Pagi tersebut setelah selesai berjumpa dengan guru besar, aku masuk seperti biasa kelas-kelas untuk meneruskan pengajaran buat kali terakhir. Di akhir waktu setiap kelas, aku membuat penggumuman, “today is my last class with you all”, berbagai-bagai bunyiaan yang aku dengar. Ini menunjukkan mereka seperti tidak merelakan aku pergi meninggalkan meraka, walaupun aku hanya bersama meraka untuk 7 hari. Disamping itu juga aku masih dapat 2-3 hadiah dari murid-murid ku memandangkan hari guru sudah hampir. Ada murid yang membeli hadiah di koperasi dan memberikan hadiah tersebut, terasa seperti diharigai. Hari ini adalah 16/05/2008, satu tarikh yang membuat aku terfikirkan guru-guru di waktu sekolah dulu namun ramai yang aku tidak ingat. Sekarang ini aku masih guru lagi tetapi di sekolah yang lain dan juga suasana nya yang berbeza, aku di sek men jenis cina. Hari ini juga aku menerima beberapa sms yang mengucapkan “Selamat hari guru” dari sahabat-sahabat dan terasa sungguh terharu. Aku terasa bertapa pentingnya walau hanya satu kata-kata yang menunjukkan ucapan yang ikhlas itu. Selamat hari guru kepada semua guru-guruku@mualim….dan juga guru-guru seluruh malaysia. Bukan hadiah yang mereka inginkan tetapi cuma inginkan diri meraka dihargai…

guru sementara,BM,Penang

Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS

4/4/08-merupakan satu tarikh keramat kepada Pas Pemuda Kubang Pasu bila berjaya menggumpulkan melebihi seratus orang pemuda untuk menjadi sukarelawan di bawah Pemuda Pas Kubang Pasu dan sekali gus menjadi mata dan telinga kepada pimpinan negeri khususnya.

Antara objektife penubuhan adalah untuk merapakan hubungan antara pemuda-pemuda untuk membuat satu gerak kerja yang lebih sistematik dan juga professional.

Majlis tersebut dihadiri oleh ketua pemuda kubang pasu dan wakil dari kawasan kubang pasu. Majlis disempurnahkan oleh YB. Ust. AHMAD IZZAT SHAUKI(adun bukit lada) dan juga merupakan wakil dewan pemuda pas negari kedah. Antara lain yang di sentuh oleh YB adalah perjuagan kita, tidak sama dengan umno. Sifir umno adalah, tabur duit program jalan(itu pun kadang tidak jalan) tapi kita Pas lain. Kita berada dalam perjuangan/Pas adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT, itu kita punya matlamat utama. Beliau memberi contoh, kita datang program malam ini juga dapat pahala(tidur datang program pun dapat pahala) tetapi matlamat kita kena jelas untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Dari maklumat yang diperolehi dari ketua pemuda, (Ust YusofAhmad) beliau yakin satu berubahan yang besar akan berlaku, selepas kemenangan yang tidak di duga di negeri Kedah khususnya di Kubang Pasu. Walaupun kubang pasu tidak berjaya di tawan oleh pakatan rakyat namun kesan dari momentem pilihan raya ke-12 dan sekiranya pemuda kita Istiqomah seperti malam ini, kita tunggu pada tahun yang akan datang iaitu 2013, InsyaAllah Kubang Pasu jadi milik kita. Itulah kata-kata dari beliau yang penuh bersemangat.

http://dppkubang-pasu.blogspot.com/2008/04/himpunan-sukarelawan-pemuda-pas.html

Berhenti Kerja!!! Why?

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah”
(Al-Baqarah: 172)

aku mula kerja di situ pada hujung bulan 6 2007, hati sungguh gembira kerana dapat bekerja disitu namun bayarannya tidak seberapa tp hatiku gembira memandangkan majikan/bos aku seorang yang menjaga solat. bos aku ini mempunyai 2-3projek dan aku di suruh untuk mengelola suatu projek ini dengan membuat akaun dan menjadi orang rujukkan utama antara main contrekter dan juga client. Bila sebulan dua aku disitu rupanya ada yang tidak kena…

syarikat aku sudah membuat perjanjian sekiranya kami dapat projek ini, sekian-sekian wang komisen hendaklah dibayar kepada orang tertentu(si Z) yang meloby kami. Bayarannya tinggi juga hampir 30% hagra cost/pemasangan bukan untung lagi tetapi bagi bilangan-bilangan yang tertentu. aku masih disitu seperti tidak sedar dgn keadaan tersebut dan seperti redoa dengan tindakan syarikat aku. Bila aku cuba rujuk beberapa ustaz, namun usaha aku itu gagal kerana mungkin tidak bersungguh.

Aku bercerita kepada beberapa orang sahabat dan mereka ada yang menasihati aku. sekarang ini syarikat sudah balik semula modal nya dan si Z sudah ingin komisennya ditambah pula, ini adalah projek diantara 3 org partner yang adik beradik dan meraka juga ingin bahagian mereka sewaktu bersama-sama meloby untuk mendapat projek tersebut membuat partner yang sorang itu tidak puas hati dan menyebabkan dia juga ingin mengaut kentungan dengan menaikan hargo kos. Yang menjadi lebih teruk kepada ku di sanggup memberi sebahagian duit itu kepada aku tetapi dalam masa yang sama aku perlu membuat perubahan di dalam akaun syarikat.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah

  • Menawar/Memberi Rasuah

  • Membuat Tuntutan Palsu

  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

rasuahheader.gifAku rasakan ini sudah ujian peringakat ke-dua dari ALLAh kepada ku kerana pertama majikan aku memberi kepada Si Z dan yang kedua adalah memberi pada aku dan dalam masa yang sama aku akan terima Itulah sebabnya aku ingin berhenti kerana ingin kan rezeki yang baik seperti makna ayat di atas. Aku tidak mahu rezeki ku haram, tidak berkat dan tidak di redoinya.

aku juga telah memberitahu kepada syarikat aku benda ini tidak betul dan tidak kena tapi aku tak cakap ler duit rasuah namun ada yang kata ini mereka yang minta dan ada kata memang tak betul tp nak buat cam maner dan ada yang kata ini sudah akad diantara si Z. Family ku juga tahu namun meraka suruh aku duduk di situ lagi tapi aku sudah tidak sanggup lagi, aku terpaksa memberitahu bos aku sudah dapat kerja di tempat lain namun tidak dapat lagi. Aku sudah tidak tahan lagi, sehingga ada sekeping cek bernilai RM10,000 di suruh masuk ke dalam bank si Z aku lewat-lewatkan dan juga aku buat cek tersebut supaya tidak boleh di clearkan namun aku tidak tahu status cek tersebut sehingga hari ini bagaimanapun aku harap cek tersebut itu tidak clear.

Aku juga bersyukur kerana Allah permudahkan aku jalan keluar dan ikut majikan aku mereka tidak mahu melepaskan namun aku memberi tahu secara jujur,”aku tidak sesuai dalam bidang ini”. Sejenak terfikir panjang bersama-sama sahabat, sekirannya orang yang ada keluarga yang memerlukan wang, hutang kereta, rumah dan sebagainya, sudah pasti mereka menjadi serba salah. aku harap sekirannya aku berada dalam keadaan tersebut moga aku dapat buat keputusan yang di redoiNYA.

Inilah mehnah yang berlaku dalam diri kita apabila kita menongkah arus demi ISLA tercintaM

muaz-xuitm

Kedah, Kubang Pas…Satu Analisis PR 2008

Seperti sebelum ini semua sedia maklum bahawa kubang pasu merupakan tempat yang begitu menjadi tumpuan sebelum ini di waktu era Tun Mahathir. Kira waktu zaman tersebut ia akan menjadi satu kubu kuat bagi Umno/BN. Tetapi untuk waktu zaman Pak Lah ini, undi majoriti bagi BN merosot dari tahun 1999 ke tahun 2004. Pada 2004 majoriti BN adalah sebanyak 13,712 untuk parlimen kubang pasu, memang besar majoriti tersebut dengan bilangan pengundi sebanyak 53,323 pemilih berdaftar hampir sama dengan mahasiswa di uitm, Malaysia.
Sebelum penulis membuat analisa tentang parlimen adalah lebih baik kita berbicara tentang dun-dun yang terdapat di kubang pasu. Di kubang pasu terdapat 2 dun iaitu dun bukit kayu hitam dan juga jitra. Di kedua-dua dun menepatkan pertandingan 2 penjuru, dimana Jitra diwakili oleh BN(Umno) Vs B.A(PAS) dan Bukit kayu hitam oleh BN(Umno) Vs B.A (PKR/keadilan) .
Di Jitra Fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 5,756 undian untuk 28,331 pemilih yang berdaftar. Pas meletakan calon muslimat(Dr Rohani) yang sama untuk kali ini tetapi BN meletak calon dari UMNO iaitu Datuk Saad Man, sebelum ini(Prof Datuk Dr Othman). Kita boleh lihat disini ada perubahan kerana Dr Othman ini mempunyai banyak kes dalaman dan harus di tukar ke datuk saad ini tetapi Datuk Saad ini juga mempunyai banyak masalah peribadi dan juga keluarga yang tidak selesai lagi yang boleh menggugatnya. Apa boleh buat mereka masih menghantar beliau untuk bertanding juga kerana mungkin pengaruh dia yang kuat di umno jitra. Mengikut culaan melayu sahaja di jitra, keadaan Bn dan Pas adalah 50-50 untuk kemenangan mana-mana pihak. Peratus pengundi di jitra mengikut kaum adalah melayu 95.68%, cina 2.87%, india 1.48% dan lain 0.7%. Kira-kira hampir 5% adalah bukan melayu, sekiranya separuh dari bukan melayu ini menyokong BA, maka ada harapan cerah untuk B.A menang mahupun B.N. Keadaan begitu sengit nampaknya, B.N tergugat lagi apabila tertubuh cawangan Keadilan di Jitra yang diterajui oleh kaum bukan melayu(india) .https://xuitm.wordpress.com/wp-admin/upload.php?action=edit&ID=48
Baru-baru ini apabila DSAI(Dato Seri Anuar Ibrahim) datang ke Jitra dan Bukit Kayu Hitam memang ada gelombang yang berbeza apabila kaum bukan melayu datang untuk mendengar ucapan beliau. Jadi kemenangan di Jitra memang sudah ternampak Nurnya.
Di Dun Bukit Kayu Hitam pula, fakta 2004 menunjukkan kemenangan BN dengan majoriti 6,972 undian untuk 24,992 pemilih yang berdaftar. PKR meletakkan calon Che On Yusof tetapi BN meletak calon yang berbeza iaitu Datuk Zaini sebelum ini Khalidah Adibah. Mengikut server yang di buat Khalidah ini memang tidak buat kerja dan hanya membuka bilik kebajikan masyarakat. Bila hendak berurusan banyak masalah dan birokrasi. Dia juga bukan anak jati bukit kayu hitam, mungkin sebab itu dia di keluarkan dan ganti calon baru ini. Mengikut culaan melayu sahaja di bukit kayu hitam adalah 55-45 dan kemenangan untuk BN. Peratus pengundi di bukit kayu hitam mengikut kaum adalah melayu 96%, cina 2.22%, india 1.04% dan lain 0.72%. Kira-kira hampir 4% adalah bukan melayu, sekiranya 75% dari mereka menyokong B.A, kenapa penulis meletak 75% ini kerana colan keadilan sendiri yang bertanding di situ dan penggudi bukan melayu sudah mula berubah kepada keadilan. Jadi kemenangan B.A mungkin akan bersinar di dun bukit kayu hitam sekiranya penggundi atas pagar dan juga bukan melayu memilih B.A.
Sudah pasti akan berlaku perubahaan sejarah pada 8 Mac ini untuk parlimen kubang pasu kerana kedudukan yang senggit di antara kedua-dua dun. Mahu tidak mahu kemungkinan besar B.A akan menang di dun Jitra dan sekali gus mungkin ada perubahan di Parlimen Kubang Pasu ini disebabkan oleh pengundi bukan melayu khusus Cina dimana mereka adalah silent voters dan mereka lebih gemar mempunyai calon BN di dun dan calon B.A di parlimen, Walaubagai mana pun kita tunggu pada tarikh keramat nanti iaitu pada 8 Mac ini, ini adalah analisis awal yang dibuat oleh penulis dan tidak berdasarkan pada penipuan dan juga penyelewangan yang akan dibuat oleh SPR.

Cerita S.B-“Siput Babi” di ambang raya

Bermula cerita yer, apabila meeting malam tu, ramai yang tidak dapat hadir(keunzuran). 32752364_11e363c9ee_m1.jpg32752364_11e363c9ee_m1.jpgHanya 3 orang malam tu, alhamdulillah di tempat tersebut ada talian internet. Kebetulan ku membawa sebuah laptop bersama connection yer yang boleh dipakai, Alhamdulillah bersyukur sungguh aku malam tersebut, dapat menonton secara terus (live) kuliyah magrib Tok Guru Haji Hadi di (www.terengganukini.com), bab perkahwinan. Sewaktu menonton tiba-tiba sahabatku yang dua orang tesebut datang, biasalah sedikit kelewataan tp bukan kerana di 84632661.jpgsenganjakan namun sebab-sebab yang boleh diterima.

Selesai kuliyah tersebut disambung pula ke forum pula sedang mendengar ada seorang datang dengan keadaan tergesa-gesa, mencari su. Pakaiyan seperti seorang Islam(berkupiyah dan berbaju kurta) muka seperti seorang CinA, bermain di fikiran aku dia nie seorang mualaf. Lalu aku dengan baik hati menaya, kerana dia seperti nak balik, “kenapa nak cari SU”. Lalu dia membuka cerita, saya ada seorang Muallaf( India ) menetap di pulau pinang dia ada masalah keluarga sikit, selalu saya bawa mai sini jumpa HjKi dia mesti bagi mualllaf tidur sini. Dia memberi nama kad dia(penggerusi persatuan Muallaf). Kalau hantar pejabat agama, banyak susah. Nanti jadi banyak lagi kes, Muallaf(cina) tersebut memberi tahu bahawa dia dah banyak kali dipanggil oleh polis untuk disiasat berkaitan dengan muallaf.

Dia minta untuk bertumpang teduh di situ, kami pun seperti akur dan kasihan. Bilaku lihat dia untuk pertama kali, kami bertentang mata tetapi hati memberi Isyarat seperti sesuatu yang tidak kena. Namun aku seperti biasa, buat tak tahu kepada panggilan hatiku tersebut. Muallaf tersebut memerhatikan kami dan bertanya kan tentang forum tersebut, nie LIVE ker? Kami hanya mengangguk kepala. Kami meninggalkan muallaf tersebut di situ kerana sudah lewat malam, (malam masih muda tp mata ku sudah tua la… J)

Kami meminta maaf kerana terpaksa tinggal dia di situ, dia kata“saya sudah biasa begini,tak per,tak per saya faham“, jawapan dia seperti sungguh Ikhlas, namun itu dia dengan ALLAH, kita tidak tahu hanya ALLAH yg tahu. Sewaktu hendak balik tersebut ada dua bungkusan plastik lutsinar, ku melihat dengan lebih jelas lagi dan nampak ada baju-bajunya dan juga buku latihan seperti buku tulisan budak-budak sekolah. Dia seperti hendak belajar ISLAM betul-betul, bagus betul muallaf nie.

Setelah seminggu berlalu, muallaf tersebut tinggal di situ. Barulah kami semua sedar, dia merupakan, S.B(polis). Itu pun dari hasil maklumat yang kami terima dari sumber yang boleh dipercayai tetapi malangnya bila kami dapat maklumat tersebut, muallaf(S.B) tersebut sudah tidak berada di situ lagi. Allahamdullilah tiada maklumat yang hilang namun dia dapat tahu juga pergerakkan kami dan mungkin juga mencuri mendengar perbualan-perbualan mesyuarat. Jadi berhati-hatilah bila dah dekat-dekat dengan raya, macam-macam benda yang kita tidak duga boleh berlaku. W;alam